Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai perdaganga­n meningkat 22.6% kepada RM1.163 trilion

-

KEPALA BATAS: Nilai perdaganga­n Malaysia meningkat sebanyak 22.6 peratus kepada RM1.163 trilion bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata, kadar peningkata­n itu didorong oleh Industri 4.0 dengan menyaksika­n sektor elektrik dan elektronik sebagai produk eksport terbesar negara.

“Sektor elektrik dan elektronik terus berada dalam pilihan tertinggi sebagai produk eksport negara diikuti produk petroleum, produk kimia dan barangan peralatan mesin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi penerangan Fasiliti Kewangan, Pinjaman Mudah dan Geran kepada Usahawan Industri Kecil dan Sederhana anjuran Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) di sini, kelmarin.

Ong berkata, kadar eksport negara mencatatka­n peningkata­n sebanyak 22.2 peratus, iaitu RM611.92 bilion manakala nilai import meningkat 23 peratus kepada RM551.07 bilion dalam tempoh sama.

“Peningkata­n ini sangat memberangs­angkan apabila Malaysia hanya mempunyai 30 juta penduduk, berbanding negara-negara lain dalam kumpulan Asia Tenggara yang mengatasi pasaran import dan eksport dunia,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n pencapaian itu, Malaysia dapat mencapai sasaran jumlah perdaganga­n sebanyak RM1.5 trilion menjelang akhir tahun ini.

Ong juga berkata nilai lebihan dagangan negara juga meningkat sebanyak 16 peratus kepada RM60.84 bilion dalam tempoh sama.

Turut hadir Pengerusi Pesuruhjay­a Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng, Pengerusi Majlis Antarabang­sa Untuk PKS dan Keusahawan­an ( ICSMEE) Pulau Pinang, R M Ravichandr­an dan Ketua Bahagian Pembanguna­n Kewangan MIDF Azizi Mustafa.

Industri Keempat ( 4.0) merupakan era revolusi industri dan teknologi yang menggunaka­n strategi luar biasa, termasuk penggunaan robotik yang menjadikan pasaran tenaga guna kerja semakin berdaya saing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia