Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali ke Ryanair atas dasar cintakan negara

Peter Bellew tegaskan tiada campur tangan kerajaan yang mendorong peletakan jawatannya di MAB

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Atas dasar cintakan negaranya Ireland, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbanga­n Malaysia Berhad (MAB) Peter Bellew mengambil keputusan untuk kembali menyertai Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Beliau menegaskan langsung tidak wujud campur tangan kerajaan sepanjang tempoh menunaikan tanggungja­wab dalam MAB yang mendorong perletakan jawatan.

“Mengapa saya letak jawatan. Negaraku. Kerana cintakan negara mendorong saya untuk kembali ke Ireland.

“Saya menerima panggilan telefon daripada Ryanair pada petang dua minggu lepas, ditawarkan menjadi COO. Ia syarikat terbaik Ireland.

“Mereka perlu bantuan saya dan wujud cabaran besar. Ini lebih kepada khidmat negara,” katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan semalam.

Ketika diajukan mengenai kemungkina­n beliau menyertai Ryanair pada 27 September, beliau menolaknya sambil berkata: “Dalam hidup, kita sebenarnya tidak dapat berkata tidak. Saya tidak sabar lagi untuk kembali berdekatan dengan keluarga dan rakanrakan yang jaraknya 14 jam ke Ireland.”

Mengenai MAB, beliau berkata ia merupakan jenama istimewa, bukan sekadar syarikat penerbanga­n tetapi antara simbol terawal kekuatan kepada Malaysia.

Justeru, menjadikan penerbanga­n itu sebagai gah semula merupakan satu tugasan mencabar.

“Kejayaan adalah dalam genggaman kita. Cuma memerlukan empat hingga lima peratus lagi dalam perolehan bulanan dan selepas itu akan menjurus kepada keuntungan.

“Ia bukan perkara mudah untuk dicapai tetapi dalam tempoh sukuan kedua perolehan telah meningkat sebanyak tujuh peratus,” jelasnya.

Produk sudah bertambah baik, pesawat baharu berangka besar, ruang istirahat baharu, program kesetiaan yang baharu dan operasi yang lebih baik di Kuala Lumpur, jelasnya.

Banyak lagi boleh diperbaiki dari aspek makanan. Banyak yang telah dilakukan dan banyak juga yang perlu dilaksanak­an.

“Orang sukakan Penerbanga­n Malaysia. Jenama sudah hidup semula dari China ke UK dan ke Australia.

“Usaha perlu diteruskan dan akan menghasilk­an lima peratus pertumbuha­n hasil tambahan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Khazanah Nasional Bhd yang mempercepa­t transforma­si serta Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar yang memberikan sokongan.

“Biar saya jelaskan. Khazanah ialah syarikat pelaburan Malaysia yang berkaitan dengan kerajaan. Mereka memberikan sokongan penuh kepada saya secara peribadi dan dari segi korporat.

“Saya berusaha untuk telus dalam urusan harian, termasuk dalam mesyuarat dan mengheret petugas mereka untuk bekerja dengan kami. Ia berjaya. Tidak ada campur tangan,” katanya.

Bellew dilantik ke jawatan CEO MAB pada 1 Julai 2016, menggantik­an Christoph Mueller.

Beliau menyertai MAB pada 1 September 2015 sebagai COO syarikat sebelum dilantik menjadi CEO.

Sementara itu, irishtimes. com melaporkan tugas per- tama Bellew setelah kembalinya ke Ryanair ialah menjernihk­an hubungan para juruterban­g dengan syarikat tersebut.

Portal berita itu melaporkan Bellew yang bakal menggantik­an Michael Hickey memiliki tugas spesifik dalam melahirkan juruterban­g, latihan dan pembanguna­n kerjaya dengan misi memastikan kegagalan jadual juruterban­g menjurus kepada permasalah­an pada awal September tidak berulang.

Michael meletak jawatan ekoran kontrovers­i terhadap pembatalan penerbanga­n sehingga Mac depan, menjejaska­n kira- kira 700,000 penumpang.

 ??  ?? PETER BELLEW
PETER BELLEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia