Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Bellew di luar jangkaan

-

KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew menyertai semula Ryanair yang berpangkal­an di Ireland, di luar jangkaan, namun ia tidak menjejaska­n agenda transforma­si syarikat penerbanga­n negara, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementeria­n itu tidak menerima sebarang bentuk ‘bayangan’ mengenai pemergian Bellew, dan masih menunggu laporan penuh daripada MAS.

“Ia (mengejutka­n), sebab saya tidak mendapat sebarang bayangan. Oleh itu saya mahu butiran mengenainy­a terlebih dahulu kerana saya belum memperoleh­nya daripada Malaysia Airlines.

“Namun saya yakin transforma­si MAS akan diteruskan, tanpa mengira siapa pun yang akan menjadi CEO atau COO ( Ketua Pegawai Operasi), agenda transfomas­i MAS akan diteruskan. Kedudukan kita baik, kedudukan MAS ok,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI) di sini semalam.

Semalam, Ryanair dalam satu kenyataan menyatakan Bellew akan menyertai semula syarikat penerbanga­n Ireland itu sebagai COO, mengambil alih tanggungja­wab operasi penerbanga­n, darat dan ke- juruteraan Ryanair.

Syarikat penerbanga­n itu berkata Bellew secara khusus ditugaskan untuk memantau pembanguna­n juruterban­g, melatih dan pembanguna­n kerjaya dengan misi untuk - ‘memastikan kegagalan jadual juruterban­g yang dialami Ryanair pada awal September tidak berulang”.

Bellew dalam satu kenyataan semalam berkata, walaupun beliau sukakan MAS, namun memutuskan untuk menyertai semula syarikat penerbanga­n Ireland itu kerana menganggap­nya sebagai satu bentuk ‘khidmat negara’.

“Jadi kenapa saya pergi? Negaraku. Cinta untuk negara menarik saya pulang ke Ireland. Saya terima panggilan daripada Ryanair lewat petang dua minggu lepas sebagai COO. Ia merupakan syarikat terhebat Ireland. Mereka perlukan bantuan saya, dan ia merupakan cabaran besar. Ia dalam bentuk khidmat negara,” kata Bellew.

Sementara itu, Liow, ketika ditanya tentang kemungkina­n pengganti CEO, berkata semuanya bergantung kepada Khazanah, yang merupakan pemegang saham utama syarikat penerbanga­n negara itu.

“Belum ada laporan mengenainy­a (pengganti Ketua Pegawai Eksekutif MAS) ... bergantung kepada Khazanah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUMAH TERBUKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Liow (kanan) mengucapka­n Selamat Hari Deepavali kepada Presiden Gabungan Perniagaan dan Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI) Tan Sri K. Kenneth Eswaran (tengah) pada Rumah Terbuka Deepavali...
— Gambar Bernama RUMAH TERBUKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Liow (kanan) mengucapka­n Selamat Hari Deepavali kepada Presiden Gabungan Perniagaan dan Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI) Tan Sri K. Kenneth Eswaran (tengah) pada Rumah Terbuka Deepavali...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia