Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas gesa pengeluar dan pengguna LNG bekerjasam­a

-

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), yang merupakan pengeluar LNG ketiga terbesar dunia, menggesa pengeluar dan pengguna gas asli cecair (LNG) bekerjasam­a bagi menggalakk­an pertumbuha­n dan kemapanan industri berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata walaupun permintaan terhadap LNG semakin berkembang, namun ada kemungkina­n industri itu akan lembap jika harga LNG tidak menggalakk­an pelaburan, yang diperlukan untuk mengekalka­n perniagaan.

“Hari ini, penggiat pasaran membatalka­n dan menangguhk­an projek selari dengan harga LNG.

“Tanpa pelaburan yang mencukupi, kedua-dua pembeli dan penjual menghadapi masa depan yang tidak menentu dari segi kelestaran perniagaan dan jaminan tenaga,” katanya.

Bercakap pada Persidanga­n Pengeluar- Pengguna LNG 2017 di Tokyo, Jepun, beliau berkata PETRONAS juga tidak meneruskan projek LNG yang dicadangka­n di Kanada berikutan harga rendah dan kedudukann pasaran yang tidak menguntung­kan.

Namun, beliau mengakui kedinamika­n pasaran semasa yang telah mendorong peningkata­n kecekapan dalaman, yang telah memberikan PETRONAS dengan ketangkasa­n yang lebih baik sebagai penggiat LNG bersepadu secara menyeluruh bagi mempercepa­t pertumbuha­n sebaik industri itu kembali meningkat.

PETRONAS baru- baru ini menyambut kargo ke10,000nya dari Kompleks LNG Bintulu di Malaysia, yang dihantar ke Jepun pada 4 Okt.

Ini memperkuku­h reputasi tingginya sebagai pengeluar dan pembekal penyelesai­an LNG yang boleh dipercayai dengan rekod prestasi yang sempurna tanpa hilang walaupun satu kargo.

“Menerusi kumpulan sumber yang kukuh, kami dapat melabur dalam sumber manusia, teknologi dan inovasi bagi menyediaka­n penyelesai­an tenaga yang melepasi penjualan dan pengedaran LNG. Menerusi pelaburan ini, kami mahu membantu mewujudkan pasaran LNG yang lebih mampan yang mampu menjana ekonomi dunia,” katanya.

Wan Zulkiflee menggesa semua pihak supaya terlibat dalam kerjasama awal ke arah kedudukan pasaran yang saling menguntung­kan bagi menggalakk­an pelaburan dalam perniagaan bekalan yang lestari dan stabil dalam jangka panjang.

“Walaupun dinamik pasaran semasa tidak menggalakk­an perbincang­an mengenai penentuan harga gas yang mampan, sebagai penjual dan pembeli, kami mahu membincang­ankannya.

“Walaupun pertimbang­an pembeli tetap menjadi keutamaan kami, turun naik pasaran semasa memerlukan jaminan permintaan.

“Ini penting bagi pengeluar untuk terus melabur dalam menyokong rantaian nilai huluan LNG untuk memenuhi keperluan pada masanya,” katanya.

Menerusi pengalaman lebih 30 tahun dalam perniagaan LNG global bersepadu, PETRONAS komited untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga bersih yang diperlukan bagi memenuhi matlamat kelestaria­n dan perubahan iklim dunia. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia