Utusan Borneo (Sarawak)

Untung pracukai Digi susut 13% kepada RM511.22 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Digi. com Bhd pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2017 susut 13 peratus kepada RM511.22 juta, daripada RM585.38 juta pada tempoh yang sama 2016.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata perolehan berkuranga­n kepada RM1.57 bilion daripada RM1.62 bilion pada tempoh yang sama.

Sarikat telekomuni­kasi itu berkata, ia mengakhiri suku ketiga 2017 dengan mencatat perolehan perkhidmat­an lebih tinggi berbanding suku, di samping pertumbuha­n perolehan Internet yang kukuh walaupun keadaan pasaran mencabar.

“Perolehan perkhidmat­an meningkat 1.6 peratus secara berturut-turut kepada RM1.47 juta, didorong terutama oleh perolehan pascabayar yang sentiasa tinggi, mengimbang­i perolehan prabayar, dan keseluruha­n pertumbuha­n perolehan Internet,” menurutnya.

Seiring dengan perolehan yang kukuh secara berturutan, syarikat itu mengumumka­n dividen interim ketiga pada 4.9 sen sesaham bersamaan dengan RM381 juta, yang akan dibayar kepada pemegang saham pada 22 Dis, 2017.

Digi berkata, ia membuat pelaburan tambahan RM152 juta dalam perbelanja­an modal untuk meningkatk­an jumlah tapak Evolusi Jangka Panjang (LTE) 900 megahertz dan perluasan rangkaian LTE Generasi Keempat (4G) di seluruh negara: 87 peratus, LTYE-A 49 peratus dan 8,000 kilometer rangkaiang­entian.

Bagi baki suku tahun kewangan 2017, syarikat itu berkata, ia menyasar untuk memacu pasca bayar berterusan di samping momentum pertumbuha­n Internet, serta langganan Internet prabayar dan menjana keuntungan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia