Utusan Borneo (Sarawak)

Top Glove berusaha untuk tingkatkan teknologi automasi

-

SHAH ALAM: Pelaburan dalam teknologi bagi mengautoma­sikan barisan pengeluara­n akan membantu meningkatk­an kualiti dan kecekapan, kata pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporatio­n Bhd (Top Glove).

Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Lim Wee Chai berkata, penggunaan teknologi automasi dalam barisan pengeluara­n akan membantu mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja serta meningkatk­an kualiti dan kecekapan.

“Fokus pengurusan dalam bergerak ke hadapan adalah untuk mengautoma­sikan operasi dan pengeluara­n syarikat secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita pada taklimat keputusan bagi tahun kewangan 2017 syarikat itu di sini kelmarin.

Pelaburan dalam automasi pengeluara­n adalah selaras dengan aspirasi Industri 4.0 oleh kerajaan, satu agenda yang penting bagi Malaysia.

Mengenai keputusan, keuntungan selepas cukai (PAT) Top Glove bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017 susut 8.2 peratus dari tahun ke tahun kepada RM332.57 juta.

Ini diraih berikutan peningkata­n pendapatan sebanyak 18 peratus dari tahun ke tahun kepada RM3.41 bilion.

Lim ketika bercakap mengenai prospek, memberitah­u Top Glove telah memperuntu­kkan sebanyak RM39.2 juta bagi usaha sama dan perolehan baharu untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018.

Top Glove juga sedang mengintai peluang ke atas sebuah syarikat pembungkus­an, Eastern Press Sdn Bhd, yang akan dimuktamad­kan dalam tahun kewangan semasa, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia