Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun kesal AS terus guna heli

-

TOKYO: Jepun semalam amat kesal kerana tentera Amerika Syarikat ( AS) telah menyambung semula penerbanga­n sebuah helikopter yang terbakar pada minggu lepas, dan ia mahukan jaminan selanjutny­a mengenai keselamata­n.

AS menyambung operasi dengan helikopter CH- 53 semalam, selepas ia dilarang untuk diterbangk­an selama seminggu ekoran kebakaran di kawasan lapang di Pulau Okinawa, barat Jepun.

Ketika itu tentera AS berkata kebakaran itu berlaku selepas pesawat itu mendarat di kawasan lapang tersebut dan tiada kru cedera.

Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera memberitah­u pemberita, ia amat dikesali kerana penerbanga­n disambung semula tanpa penjelasan.

Timbalan jurucakap kerajaan Kotaro Nogami berkata pegawai AS sudah memberi taklimat kepada rakan sejawatan di Jepun tetapi Tokyo tidak berpuas hati dan akan terus meminta penjelasan lanjut AS.

Onodera sebelum ini meminta agar helikopter be r k e n a a n di l a r a n g daripada terbang sehingga keselamata­nnya boleh dijamin dan menghantar pakar ke Okinawa untuk memastikan siasatan terperinci.

Wakil tentera AS di Okinawa tidak dapat dihubungi untuk kenyataan segera semalam.

Lebih separuh daripada kira- kira 47,000 anggota tentera Amerika di Jepun di bawah pakatan keselamata­n selama berdekad- dekad ditugaskan di Okinawa, tapak bagi satu pertempura­n besar dalam Perang Dunia Kedua yang disusuli penaklukan AS selama 27 tahun di pulau tersebut.

Penduduk pulau sudah merungut selama berdekadde­kad mengenai kebisingan dan kemalangan.

Disember lalu, lima kru di atas MV-22 Osprey Marin AS cedera setelah pesawat itu untuk mendarat di perairan cetek Okinawa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DAHSYAT: Beberapa pegawai penyiasat mengumpul bukti dari trak polis yang hangus selepas serangan nekad di pinggir Quetta, semalam.
— Gambar AFP DAHSYAT: Beberapa pegawai penyiasat mengumpul bukti dari trak polis yang hangus selepas serangan nekad di pinggir Quetta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia