Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kebajikan British-Iran didakwa khianat

-

BEIRUT: Seorang pekerja kebajikan warga Britain yang berasal dari Iran dan menjalani hukuman penjara di Tehran menerima sepucuk surat dari bekas perdana menteri David Cameron yang menunjukka­n dia ada hubungan dengan kerajaan Britain, kata seorang pendakwa raya kelmarin, menurut Mizan, laman berita badan kehakiman Iran.

Na z a n i n Za g h a r i - Ratcliffe, pengurus projek bersama Thomson Reuters Foundation, sebuah organisasi kebajikan, menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas disabit kesalahan atas tuduhan berkomplot untuk mengguling­kan institusi ulama di Iran.

Pendakwa raya Abbas Jafari Dolatabadi berkata, surat itu menunjukka­n kepentinga­n Zaghari- Ratcliffe kepada pihak berkuasa Britain.

Ju r u c a k a p Pe j a b a t Luar Britain cuma mengesahka­n Cameron dan penggantin­ya Theresa May ada membangkit­kan kes Zaghari- Ratcliffe dengan pihak berkuasa Iran.

“Kami akan terus membangkit­kan semua tahanan dwiwargane­gara kami, termasuk kes ZaghariRat­cliffe, dengan kerajaan Iran,” tambahnya.

Zaghari-Ratcliffe ditangkap pasukan elit Pengawal Revolusi pada April 2016 di sebuah lapangan terbang di Tehran, ketika dia hendak kembali ke Britain bersama anak perempuann­ya yang berusia dua tahun selepas melawat keluargany­a.

Keluargany­a dan Thomson Re u t e r s Fo u n d a t i o n me n a f i k a n da k w a a n terhadapny­a.

Th o m s o n Re u t e r s merupakan sebuah organisasi kebajikan yang bebas daripada Thomson Reuters dan beroperasi secara bebas daripada Reuters News.

Pada minggu lepas, keluargany­a berkata pihak berkuasa Iran telah membuka kes baharu terhadap Zaghari-Ratcliffe, dengan mengenakan dakwaan yang boleh membawa hukuman penjara tambahan selama 16 tahun lagi.

Tuduhan baharu termasuk menyertai dan menerima wang dari organisasi yang bekerja untuk mengguling­kan Republik Islam, dan menyertai demonstras­i di luar kedutaan Iran di London, kata keluargany­a.

Kelmarin Jafari Dolatabadi turut menyatakan ZaghariRat­cliffe bertanggun­gjawab mengajar kewartawan­an dalam talian bagi bahagian bahasa Parsi BBC dengan matlamat menarik dan mengajar individu bagi operasi propaganda menentang Iran, lapor Mizan.

Francesca Unsworth, pengarah BBC World Service Group, berkata awal tahun ini Zaghari-Ratcliffe tidak pernah bekerja untuk BBC Parsi. — Reuters BAGHDAD: Tentera Iraq semalam berkata mereka sudah mencapai objektif dalam operasi kilat yang menyaksika­n mereka memasuki wilayah rebutan yang dipegang Kurdis dalam serangan balas kepada undian kemerdekaa­n pada bulan lepas.

Pada Isnin dan kelmarin, anggota tentera persekutua­n dan militia bersekutu menawan semula wilayah utara Kirkuk dan medan minyaknya yang lumayan, selain kawasan yang sebelum inidipegan­gKurdisdiN­ineveh dan Diyala, kesemuanya di luar wilayah autonomi Kurdistan.

“Keselamata­n sudah dipulihkan di beberapa bahagian di Kirkuk, termasuk Dibis, Al- Multaqa, serta medan minyak Utara dan Selatan Khabbaz dan Bai Hassan,” kata Pemerintah Operasi Bersama kerajaan persekutua­n.

“Tentera sudah dikerahkan dan sudah merampas semula kuasa ke atas Khanaqin dan Jalawla dalam wilayah Diyala, selain Makhmur, Bashiqa, empangan Mosul, Sinjar dan kawasan lain di dataran Nineveh,” tambahnya.

Operasi 48 jam itu menyaksika­n tentera Kurdis hampir terbatas kepada rantau tiga wilayah mereka sejak sekian lama di utara.

Ia memberi tamparan besar kepada kewangan rantau itu apabila ia menafikan pengeluara­n dari medan minyak utama Kirkuk. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia