Utusan Borneo (Sarawak)

Kemunculan Jiang pada Kongres dikagumi

-

BEIJING: Dikhabarka­n mati beberapa bulan lalu, bekas presiden China Jiang Zemin, 91, merangsang pengguna media sosial semalam apabila dia menduduki tempat terkemuka di Kongres Kebangsaan Parti Komunis China.

Membuktika­n laporan kematianny­a digembar-gemburkan, bekas pemimpin itu duduk di sebelah Presiden Xi Jinping dan berdiri untuk lagu kebangsaan apabila kongres dua kali sedekad itu dibuka dengan ucapan Xi dalam Dewan Agung Rakyat di Beijing.

Ramai pengguna Internet China memuji ‘Katak’ warga emas itu, nama timangan yang dicetuskan oleh senyuman lebar dan kaca mata Jiang yang menonjol, mengagumi bekas pemimpin itu yang masih kelihatan sihat dalam paparan yang penuh emoji katak.

“Saya mahu tanya rahsia umurnya yang panjang,” menurut paparan dalam rangkaian sosial Weibo.

“Berapa banyak organ yang dia perlu gantikan untuk berdiri di tengah pentas?” tanya seorang lagi.

Jiang, bekas pemimpin parti dan presiden China selama sedekad dari 1993, dari semasa ke semasa menjadi subjek khabar angin kematianny­a.

Khabar angin mutakhir tersebar Mei lalu di tengahteng­ah spekulasi dalam talian bahawa beliau mati akibat serangan angin ahmar di Shanghai, hab komersial yang pernah ditadbirny­a sebagai datuk bandar dan ketua parti.

Presiden lama biasanya menghadiri kongres dan pengganti Jiang sendiri, Hu Jintao, 74, duduk di sebelah kanan Xi.

Jiang, bekas jurutera kilang, memegang kuasa selepas kejadian di Dataran Tiananmen pada 1989 untuk membimbing China dalam era transforma­si ekonomi mengejutka­n.

Legasi Jiang bercampurb­aur kerana pemerintah­annya menetapkan perancanga­n pertumbuha­n ekonomi yang menimbulka­n gejala kemusnahan alam sekitar berleluasa dan jurang kekayaan meluas, yang ditangani barisan pemimpin hari ini.

Namun dengan senyuman lebar, penguasaan­nya dalam beberapa bahasa, dan kadangkada­ng aksi lawak termasuk bergurau dalam bahasa Inggeris, Jiang diingati sebagai tokoh ceria berbanding dua penggantin­ya yang serius, Hu dan Xi.

Jiang, pencinta muzik yang bermain piano, diketahui pernah tiba-tiba menyanyi ketika melakukan lawatan asing.

 ?? — Gambar Reuters ?? DIKAGUMI: Jiang melambaika­n tangan ketika beredar selepas sesi perasmian Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam.
— Gambar Reuters DIKAGUMI: Jiang melambaika­n tangan ketika beredar selepas sesi perasmian Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia