Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa dera, bunuh tiga anak

-

TAIPEI: Sepasang suami isteri di Taiwan telah didakwa atas penderaan dan kematian tiga daripada enam anak mereka dalam jenayah yang mengejutka­n umum.

Lee mengaku membelasah dua anak lelakinya yang berusia sembilan bulan dan tujuh tahun sebelum mereka mati, menurut kenyataan pendakwa raya semaalm.

Kedua-duanya berdepan penjara seumur hidup.

Punca kematian bayi perempuan mereka yang berusia enam bulan tidak dapat ditentukan.

Lee ,37, m e nafi menderanya, menurut pendakwaan.

Lee dan isterinya Chen, 33, terlepas dakwaan membunuh kerana mendakwa dia tidak tahu anak-anaknya akan mati, kata jurucakap pendakwa raya Yunlin Huang Yi-hua.

“Lee berkata dia hanya mahu mengajar anak-anaknya apabila mereka menjerit dan menangis,” katanya.

Pendakwara­ya menggambar­kan Lee sebagai penganggur dan kaki botol.

Kanak-kanak terbabit mati antara 2008 dan 2013 ketika pasangan terbabit diburu atas dakwaan mencuri dan menipu.

Mereka menanam mayat anak lelaki berusia tujuh tahun itu dekat sungai di daerah tengah Yunlin tempat asal Lee, manakala bapa Lee didakwa membantu membuang mayat.

Mayat bayi perempuan itu ditanam di laman belakang rumah bapa Lee manakala bayi lelaki itu pula ditanam di utara Taoyuan.

Apabila mereka ditangkap tahun lepas dan didakwa atas tuduhan mencuri dan menipu, pihak berkuasa mengesyaki sesuatu apabila gagal mengesan mangsa.

Pasangan itu mendakwa anak mereka telah dijadikan anak angkat, tetapi anak perempuan sulung mereka memberitah­u polis adiknya telah dibelasah hingga mati.

Kini berusia 12 tahun, gadis terbabit dalam jagaan keluarga angkat bersama dua lagi adiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia