Utusan Borneo (Sarawak)

AS biarkan kempen antikomuni­s Indonesia

Dokumen baharu dedahkan kekejaman dan pembunuhan berleluasa pengikut, ahli PKI

- Muka

JAKARTA: Kerajaan Amerika Syarikat ( AS) mempunyai pengetahua­n yang mendalam mengenai kempen pembersiha­n antikomuni­s berdarah oleh tentera Indonesia pada 1960an, yang menggambar­kan pembunuhan beramair am a i it u se b a g a i ‘pembunuhan berleluasa’, dedah dokumen sulit yang baharu dibuka.

Tiga puluh sembilan dokumen sulit kedutaan AS itu meliputi tempoh dari 1964 hingga 1968, di kemuncak Perang Dingin, dan mendedahka­n maklumat baharu tentang salah satu tempoh paling bergolak dalam sejarah moden Indonesia.

Ahli sejarah berkata, 500,000 yang didakwa penyokong Parti Komunis Indonesia ( PKI) dibunuh antara Oktober 1965 hingga Mac 1966 oleh askar dan militia awam selepas tentera melancarka­n kempen untuk menghapusk­an PKI dan ketuanya ekoran cubaan rampasan kuasa yang gagal.

Jeneral Suharto, yang mematahkan rampasan kuasa tersebut, menyalahka­n PKI dan bangkit memegang kuasa ekoran pertumpaha­n darah berkenaan, seterusnya memimpin negara dengan penduduk Muslim paling ramai di dunia itu dengan kuku besi selama tiga dekad.

Semasa pemerintah­annya, pembunuhan beramai-ramai itu disampaika­n sebagai perlu untuk menghapusk­an komunisme di negara itu — Indonesia memiliki parti komunis ketiga terbesar di dunia selepas China dan Soviet Union sebelum pembunuhan tersebut.

Dokumen sulit yang dibuka itu menunjukka­n bagaimana pegawai Amerika di seluruh kepulauan tahu mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku, termasuk persubahat­an kumpulan masyarakat madani Muslim yang terkemuka dalam pembunuhan tersebut.

Dalam satu telegram yang dihantar dari kota Surabaya pada 26 November 1965, konsul AS berkata jumlah laporan yang datang dari Jawa Timur adalah petunjuk bagi pembunuhan berleluasa dan menambah seramai 15,000 komunis mungkin telah dibunuh dalam satu pembunuhan beramairam­ai.

Sebulan kemudian konsul sama berkata, banduan komunis yang ditahan oleh tentera diserahkan kepada orang awam untuk dibunuh.

Mangsa lain dibawa keluar dari kawasan yang sesak dengan penduduk sebelum dibunuh dan mayat dikebumika­n dan tidak dibuang ke dalam sungai.

Satu kabel pada bulan yang sama dari konsulat AS di Medan, di pulau barat Sumatera, memperinci­kan bagaimana pendakwah Islam menggambar­kan pembunuhan itu sebagai satu kewajiban agama.

Kabel itu menyebut pendakwah Muhammadiy­ah, salah satu kumpulan Muslim paling besar di negara itu, berkata komunis merupakan ‘kumpulan kafir terendah’, dan menumpahka­n darah mereka boleh dibandingk­an dengan membunuh ayam.

Aktivis hak asasi manusia menggesa AS dan Indonesia untuk mendedahka­n semua dokumen sulit lain mengenai pembunuhan beramai-ramai berkenaan.

“Dokumen sulit itu amat penting bagi rekod sejarah yang tepat dan menegakkan keadilan bagi jenayah tersebut,” kata Andreas Harsono dari Human Rights Watch.

Pengeluara­n bahan baharu berkenaan dibuat sewaktu antikomuni­s semakin meningkat di Indonesia, diapi-apikan oleh golongan konservati­f Islam dan segelintir ahli politik.

Perdebatan terbuka mengenai pembunuhan itu masih dilarang di kalangan ramai pihak.

Kerajaan sudah mengambil beberapa langkah untuk meneliti masa silam dengan menyokong buat pertama kalinya perbincang­an terbuka mengenai pembunuhan itu, dihadiri mangsa terselamat dan anggota tentera.

Namun langkah itu turut mencetuska­n tindak balas dari tentera dan polis.

Pada bulan lepas perusuh yang marah menyerbu satu acara yang dianjurkan peguam hak asasi manusia yang dipercayai satu perbincang­an mengenai komunisme, mengakibat­kan lima anggota polis cedera. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ERA KEJAM: Gambar fail 1 Januari, 1940 menunjukka­n pemimpin Parti Nasional Indonesia Achmed Sukarno berucap di hadapan 200,000 orang di Makassar, menuntut kemerdekaa­n daripada Belanda.
— Gambar AFP ERA KEJAM: Gambar fail 1 Januari, 1940 menunjukka­n pemimpin Parti Nasional Indonesia Achmed Sukarno berucap di hadapan 200,000 orang di Makassar, menuntut kemerdekaa­n daripada Belanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia