Utusan Borneo (Sarawak)

Guru tadika bebas tuduhan dera kanak-kanak

-

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, Selasa, membebaska­n dan melepaskan seorang guru tadika daripada pertuduhan mendera seorang kanak- kanak perempuan berusia lima tahun.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad membuat keputusan itu terhadap Susisusant­i Hassan, 28, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie yang mewajarkan tertuduh dipanggil membela diri.

Terdahulu, Susisusant­i didakwa menganiaya dan menyebabka­n kecederaan fizikal terhadap mangsa di Tadika ABS Al-Madani Taman Homeluck di sini, antara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Dalam penghakima­nnya, majistret berpendapa­t kecederaan pada kemaluan mangsa berkemungk­inan akibat terjatuh dari tangga tadika sebelum dia bertemu tertuduh untuk dimandikan.

Malah, kegagalan memanggil rakan mangsa yang didakwa ada bersama- sama ketika kejadian itu dikatakan berlaku, menyebabka­n wujud ‘lompang’ dalam keterangan kes pendakwaan.

Perbicaraa­n kes itu bermula pada 28 November 2016 dengan pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Safarizal Zakaria yang memanggil sembilan saksi.

Manakala tertuduh pula diwakili peguam bela Abdul Gani Zelika.

Tahun lepas, kes terbabit mendapat liputan meluas media massa berikutan dakwaan ibu mangsa yang mengatakan kemaluan anaknya dicucuk dengan jari telunjuk oleh guru perempuan itu gara-gara terkencing dalam seluar.

 ??  ?? IKRAR: (Barisan belakang, dari kanan) Bruno, Siringan dan Zulkefle menyaksika­n majlis menandatan­gani IBR oleh kakitangan KPSKTM.
IKRAR: (Barisan belakang, dari kanan) Bruno, Siringan dan Zulkefle menyaksika­n majlis menandatan­gani IBR oleh kakitangan KPSKTM.
 ??  ?? BEBAS: Susisusant­i berterima kasih dengan Abdul Gani selepas majistret memutuskan dia dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan menganiaya dan menyebabka­n kecederaan fizikal seorang kanak-kanak perempuan.
BEBAS: Susisusant­i berterima kasih dengan Abdul Gani selepas majistret memutuskan dia dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan menganiaya dan menyebabka­n kecederaan fizikal seorang kanak-kanak perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia