Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 50 panggilan kecemasan diterima JBPM berkaitan bencana alam sejak Isnin

-

KOTA KINABALU: Pusat Gerakan Opearsi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima lebih 50 panggilan kecemasan di seluruh Sabah sejak Isnin.

Ketua PGO Sabah Khatizah Rahaban berkata, 33 panggilan yang diterima direkodkan pada Isnin membabitka­n kes pokok tumbang, banjir kilat dan kemalangan jalan raya di bahagian pedalaman, pantai barat dan Labuan.

Katanya, jumlah itu termasukla­h 26 kes pokok tumbang, satu kes kemalangan jalan raya serta satu kes yang menghanyut­kan sebuah kereta disebabkan banjir kilat.

“Kes kereta hanyut direkodkan di Sungai Kampung Dangulad dan sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dan dikenalpas­ti sebagai Mohd Hazim masih diteruskan.

“Operasi SAR dijalankan bermula di Kampung Dangulad sehingga ke Mini Hasil membabitka­n kawasan pencarian sejauh 7 kilometer dari lokasi kereta mangsa ditemukan.

“Radius pencarian juga membabitka­n Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom yang turut serta menjalanka­n operasi SAR di sungai yang menghubung­kan Keningau dan Tenom,” katanya.

Setakat jam 6 petang Selasa, pihaknya merekodkan 15 kes termasuk 14 pokok tumbang di sekitar pusat bandar dan banjir kilat di kawasan Kota Belud.

“Keadaan banjir kilat yang melanda beberapa perkampung­an di Kota Belud menyebabka­n beberapa rumah dinaiki air dan memerlukan operasi pemindahan segera penduduk terjejas,” katanya sambil menambah, dua kampung terjejas termasukla­h Donggoi dan Marajah.

Menurutnya­anggotabom­badi setiap daerah di Sabah kini dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi kecemasan berikutan keadaan cuaca di tahap serius pada masa ini.

Sementara itu, hujan lebat serta angin kencang daripada tiupan ribut tropika Khanun yang melanda kira-kira 342 kilometer ke Barat Laut Luzon, Filipina yang turut dirasai di sini menyebabka­n satu bahagian kawasan pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terjejas teruk.

Jurucakap JKDM Sabah berkata kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 2 petang semasa keadaan angin agak kencang serta hujan lebat melanda pusat bandar.

“Kejadian menyebabka­n satu bahagian Pejabat Bahagian Operasi dan Siasatan terjejas teruk apabila bumbung pejabat runtuh akibat tiupan angin kencang.

“Kedudukan pejabat yang berada di pinggir laut juga dipercayai salah satu faktor kerosakan teruk di pejabat semasa angin bertiup begitu kencang kerana sebelum ini juga bangunan sebelah iaitu restoran di Jesselton Point juga pernah rosak teruk disebabkan punca sama,” katanya.

Menurutnya, kejadian bagaimanap­un tidak menyebabka­n sebarang kemalangan kepada anggota JKDM berikutan pihaknya sudah membuat persiapan awal menangani bencana terbabit.

“Segelintir anggota yang menyedari kejadian ini segera bertindak memindahka­n dokumen penting serta peralatan lain ke kawasan lebih selamat,” katanya.

 ??  ?? TUMBANG: Anggota bomba memotong pokok yang menghempap sebuah rumah di Beaufort.
TUMBANG: Anggota bomba memotong pokok yang menghempap sebuah rumah di Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia