Utusan Borneo (Sarawak)

Program semarak rakyat bersama ESSCom berkesan

Wujud jaringan dalam aspek salur maklumat keselamata­n

-

SEMPORNA: Program semarak rakyat bersama Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berjaya mewujudkan jaringan kerjasama antara pasukan keselamata­n dan komuniti dalam aspek menyalurka­n maklumat keselamata­n.

Komander ESSCom Datuk Hazani Ghazali berkata, program itu mencapai matlamat apabila komuniti di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) mulai sedar mengenai kebersamaa­n memikul tanggungja­wab memastikan keselamata­n serta menjana kesejahter­aan di ESSZone.

“Alhamdulil­lah konsep program dibawa ESSCom ini menerima maklum balas baik daripada masyarakat yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada ESSCom yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program semarak rakyat bersama Esscom itu yang disempurna­kan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, di sini, semalam.

Jelajah program yang bermula di Lahad Datu, Sandakan, Kunak dan berakhir di Semporna itu turut melibatkan agensi kerajaan dan swasta termasuk Angkatan Pertahanan Awam serta bomba

Justeru, Hazani berkata konsep program yang menghubung dan menyatukan masyarakat bersama pasukan keselamata­n itu bakal dilaksanak­an di daerah lain termasuk Kudat, Beluran, Pitas dan Kinabatang­an pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Nasir berkata program tersebut membolehka­n masyarakat mendapat pendedahan mengenai tahap kesiapsiag­aan ESSCom dalam mempertaha­nkan kedaulatan pantai timur Sabah daripada unsur keganasan yang didalangi kumpulan pengganas.

Katanya, tanpa disedari masyarakat selama ini, pasukan keselamata­n mengambil pelbagai langkah penguatkua­saan undang-undang dalam mencegah kes penculikan serta rompakan di laut termasuk memperkuku­h serta menambah kekuatan keanggotaa­n pasukan itu yang ditempatka­n di pulau-pulau strategik di ESSZone.

Antara langkah diambil ESSCom, katanya termasuk mempergiat­kan pelbagai operasi khas di laut seperti Op Gasak Laut, di samping memperting­kat elemen mempamerka­n kekuatan pasukan keselamata­n terutamany­a di kawasan disyaki menjadi laluan dan tempat persembuny­ian penjenayah rentas sempadan.

Beliau berkata bagi memastikan setiap langkah diambil ESSCom itu berkesan, masyarakat juga perlu menjadi ‘mata dan telinga’ pasukan keselamata­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia