Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah sokong langkah k’jaan pusat selaras gaji minimum pekerja swasta

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong penuh usaha kerajaan pusat menyelaras­kan gaji minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjun­g serta Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat ( KPSKTM) Datuk Siringan Gubat berkata usaha itu adalah satu cara menarik minat masyarakat tempatan untuk bekerja di tempat sendiri.

“Usaha menyelaras­kan gaji minimum ini dapat menarik masyarakat tempatan bek- erja dalam sektor swasta atau ladang-ladang di Sabah yang pada ketika ini dibanjiri orang luar.

“Itulah kebaikan jika gaji minimum seluruh negara diselarask­an. Kita dapat mengurangk­an kebergantu­ngan negara pada tenaga kerja asing di sektor berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ikral Bebas Rasuah ( IBR) Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) di sini pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pencega- han Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Zulkefle Abd Hamid dan Setiausaha Tetap KPSKTM Datuk Bruno Vun.

Siringan berkata pada masa ini, gaji minimum yang ditetapkan bagi Semenanjun­g adalah RM80 lebih tinggi berbanding Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata kerajaan dalam usaha merapatkan jurang gaji minimum pekerja sektor swasta seluruh negara kelak.

Katanya, perbezaan RM100 antara kedua- dua wilayah pada 2013 dapat dikurangka­n kepada RM80 pada tahun lalu yang mana gaji minimum di Semenanjun­g ditetapkan pada kadar RM1,000 manakala Sabah, Sarawak dan Labuan RM920.

Dalam perkembang­an sama, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut mencadangk­an gaji minimum dinaikkan kepada RM1,800 dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia