Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama parti komponen BN penting untuk menang pilihan raya: PBS

-

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) semalam menyeru parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu agar meningkatk­an kerjasama sesama sendiri bagi memastikan kemenangan calon BN Sabah di kawasan pedalaman pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Naib Presidenny­a Datuk Seri Radin Malleh berkata, kemenangan di kawasan pedalaman bergantung kepada kekuatan kerjasama parti komponen dan tidak jalan pintas untuk menang mudah pada pilihan raya itu.

“Kita perlu bekerjasam­a dan berjuang habis-habisan untuk matlamat ini (menang pilihan raya),” katanya ketika merasmikan­MajlisPenu­tupanMesyu­arat Agung Tahunan PBS Bahagian Kemabong di sini, semalam.

Pada masa yang sama, Radin mengesa pemimpin akar umbi agar sentiasa menghayati sepenuhnya matlamat perjuangan parti selain sentiasa berusaha memperkuku­h hubungan dengan rakyat.

“Jika kita ingin menjadi pemimpin yang baik, kita harus menjadi pengikut yang setia kepadapucu­kpimpinans­ertapatuh kepada matlamat perjuangan parti,” tegasnya.

Sementara itu, sambil memuji kesetian anggota parti itu di kawasan Kemabong, Radin berkata perjuangan PBS sangat stabil dan tidak pernah berganjak daripada matlamat asal untuk membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendahuluk­an rakyat berbilang kaum di negara ini seiring dengan perjuangan PBS,” katanya.

Beliau juga berkata pada dasarnya PBS Melalap dan Kemabong telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang namun beliau mahu usaha itu dilipatgan­dakan terutama dalam mendekati rakyat di kawasan masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia