Pencerobohan bot nelayan Vietnam kian berleluasa
Peningkatan penahanan bot nelayan negara itu tahun ini
BANGI: Kabinet baru-baru ini meluluskan kertas cadangan supaya agensi dan jabatan kerajaan berkongsi data dengan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk penyediaan statistik dan penyusunan indikator sosioekonomi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata hanya data berkaitan keselamatan negara dan maklumat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi yang tidak boleh dikongsi.
“Melalui keputusan Jemaah Menteri ini, Jabatan Perangkaan boleh mengutip data daripada jabatan dan agensi kerajaan yang lain bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam revolusi ‘Big Data Open Data’.
“Raw data (data belum diproses) yang dikongsi membolehkan Jabatan Perangkaan mengeluarkan pelbagai statistik seperti jalan yang mencatatkan kemalangan paling tinggi. Data yang dikongsi juga boleh bantu golongan muda membangunkan pelbagai aplikasi mudah alih,” katanya kepada pemberita selepas sambutan pertama Hari Statistik Negara (MyStats Day) di Pusat PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.
Dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata komuniti statistik dalam menghadapi gelombang Revolusi Perindustrian Keempat perlu sentiasa berbincang dan bertukar pendapat tentang metodologi dan kaedah baharu dalam pengumpulan data dan penyediaan statistik.
“Cara ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti statistik yang dihasilkan bahkan dapat memudahkan proses komunikasi statistik yang lebih berkesan mengikut keperluan serta perubahan semasa untuk kesejahteraan masa hadapan,” katanya.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Sept 2017 bersetuju supaya Hari Statistik Negara disambut pada 20 Okt setiap tahun.
Tema Hari Statistik Negara pada sambutan yang pertama kali ini ialah ‘Data Berkualiti. Kehidupan Sejahtera’. — Bernama KUANTAN: Pencerobohan bot nelayan asing Vietnam di perairan Pantai Timur dan Sarawak semakin berleluasa kebelakangan ini, berdasarkan peningkatan mendadak penahanan bot nelayan negara itu pada tahun ini berbanding sebelumnya.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata setakat Oktober 2017, pihaknya telah menahan 102 bot nelayan Vietnam, berbanding 62 dan 65 bot bagi tahun 2015 serta 2016.
“Pencerobohan di Pantai Timur bukan hanya melibatkan kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang tetapi juga di Tanjung Sedili, Johor, manakala bagi perairan Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Miri dan Bintulu,” katanya.
Zulkifli berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Wilayah Timur di Ibu Pejabat Wilayah Maritim Timur APMM di sini, semalam.
Pada majlis itu, Pengarah Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dilantik sebagai Pengarah Maritim Wilayah Timur bagi menggantikan Datuk Mamu Said Alee yang bersara wajib hari ini.
Zulkifli menambah nelayan asing juga semakin licik dalam aktiviti itu seperti menggunakan pukat tunda gading, bot klon selain ada di antara mereka yang berani menawarkan rasuah kepada pegawai APMM supaya tidak dikenakan tindakan.
“Nelayan asing menggunakan pukat gading yang merupakan ancaman kepada ekosistem laut kerana pukat jenis ini turut menangkap anak ikan selain boleh mencecah dasar laut yang boleh memusnahkan rumah ikan dan terumbu karang.
Pencerobohan di Pantai Timur bukan hanya melibatkan kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang tetapi juga di Tanjung Sedili, Johor, manakala bagi perairan Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Miri dan Bintulu. Datuk Zulkifli Abu Bakar Ketua Pengarah APMM
“Malah, ada yang menggunakan bot kargo dalam menarik pukat gading dan kegiatan ini memudahkan mereka untuk menyimpan ikan dalam kuantiti yang sangat banyak. Pukat gading juga menyukarkan APMM mengumpul bukti mereka menangkap ikan dalam zon eksklusif ekonomi kita.
“Apabila kita mendapat maklumat pencerobohan penggunaan pukat gading, aset APMM akan ke bot yang disyaki dan apabila menyedari kehadiran penguat kuasa, bot kedua akan memotong pukat gading bagi menghapuskan bukti,” katanya.
Sehubungan itu, Zulkifli berkata APMM perlu me- nambah kapal induk yang boleh menempatkan enam bot dan pesawat tanpa pemandu ( UAV) ke dalam asetnya, bagi mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing ini, khususnya dari Vietnam yang menggunakan pukat gading.
UAV itu boleh merakamkan kegiatan menangkap ikan dari udara manakala dua atau tiga bot boleh dilancarkan serentak daripada kapal induk untuk berpecah ke arah dua bot yang terlibat memasang pukat gading itu, katanya.
Beliau menambah tindakan lebih tegas iaitu membakar kapal nelayan yang dirampas perlu kerap dilakukan sebagai mesej ke- seriusan kerajaan menangani nelayan asing dan sebagai pengajaran untuk mereka lebih menghormati undangundang Malaysia.
“Kebanyakan bot yang dirampas hanya ditenggelamkan untuk dijadikan tukun. Dari segi undang-undang, memang ada peruntukan untuk kita melupuskan (bot nelayan) sama ada menenggelamkannya atau membakar selepas proses pendakwaan di mahkamah selesai,” katanya.
Zulkifli juga berharap mahkamah dapat menyegerakan kes yang berkaitan nelayan asing bagi mengelakkan kesesakan di pusat tahanan vesel yang terletak di Tok Bali Kelantan, Kemaman Terengganu, Tanjung Gemok Pahang dan Tanjung Sedili.
“Penangguhan kes yang lama membuatkan bot ini menjadi liabiliti kepada APMM, khususnya apabila musim tengkujuh kerana bot perlu diikat dengan kemas dan dipantau supaya tidak dihanyutkan atau rosak akibat ombak besar,” katanya. — Bernama