Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan ‘tiada kes’ pembalakan haram mengecewak­an

Keputusan ‘tiada kes’ jawatankua­sa siasat pembalakan haram harus disiasat: Karim

-

SIBU: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru agar siasatan menyeluruh dilakukan mengenai keputusan ‘tiada kes’ oleh jawatankua­sa penyiasata­n mengenai pembalakan haram di Bintulu.

Katanya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengkaji perkara itu bagi menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur pegawai bertindak di luar kuasa mereka.

Beliau mengulas mengenai artikel muka depan Borneo Post yang bertajuk ‘Puzzled over release of seized logs, machinery worth millions’ bertarikh 1 November di mana Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad mengesahka­n kayu dan jentera yang dirampas semasa serbuan yang didakwa pembalakan haram telah dilepaskan.

Menurut artikel berkenaan, pada Ogos satu serbuan bersama sebuah syarikat dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) berjaya merampas kayu balak haram serta jentera berat yang dianggarka­n bernilai RM7 juta di Bintulu.

Ekoran daripada itu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tatau dan kemudianny­a lebih 3,500 kayu balak dan 14 unit jentera berat diserahkan kepada JHS oleh SFC untuk tindakan sewajarnya.

Ketika dihubungi pada minggu lepas, Sapuan mendedahka­n bahawa sebuah jawatankua­sa yang ditubuhkan untuk menyiasat kes telah mencapai kesimpulan bahawa tiada kes terhadap syarikatsy­arikat yang beroperasi di kawasan tersebut.

Sapuan menegaskan bahawa keputusan berkenaan bukan keputusan beliau tetapi jawatankua­sa penyiasata­n dan sebagai pengarah beliau menerima penemuan jawatankua­sanya serta membe-

Saya yakin orang ramai kecewa dengan keputusan ini iaitu tiada kes oleh jawatankua­sa itu. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

narkan untuk melepaskan kayu balak serta jentera berat berkaitan.

Mengenai isu berkenaan, Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata: “Saya dapat menghidu sesuatu yang tidak betul di sini dan orang ramai harus tahu.

“Kerajaan negeri sedang berusaha menghapusk­an pembalakan haram dan setiap kes sitaan baharu amat dialualuka­n orang awam.

“Saya yakin orang ramai kecewa dengan keputusan ini iaitu tiada kes oleh jawatankua­sa itu.

“Ia mencermink­an keputusan tidak profesiona­l dan Unit Penguatkua­saan Perhutanan melakukan tangkapan dan penyitaan kayu balak serta jentera berat tanpa siasatan sewajarnya.”

Tambahnya, apabila keputusan tiada kes dibuat ia mencermink­an bahawa penebangan pokok dan pembalakan yang dilakukan adalah mematuhi undangunda­ng berkaitan tanah.

“Atau adakah jawatankua­sa diberi tekanan untuk membuat keputusan itu?” soalnya.

“Malah pengarah jabatan hutan membuat kenyataan bahawa keputusan itu bukanlah keputusann­ya tetapi jawatankua­sa.

“Saya menghidu sesuatu di sini dan mahu melihat penyiasata­n lebih teliti. SPRM perlu melihat perkara ini, adakah terdapat unsur-unsur pegawai yang bertindak di luar kuasa mereka. Saya tidak gembira apabila membaca berita tentang perkara ini,” kata Karim.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya pembalakan dilakukan itu tidak melanggar undang- undang, syarikat pembalakan harus mendakwa Perhutanan ( jabatan) atas sitaan kayu balak dan jentera berat mereka selain menuntut ganti rugi.

Sementara itu, pemain industri menyatakan kekecewaan mereka dengan pelepasan 3,500 balak dan 14 jentera berat dalam serbuan bersama terhadap pembalak berkenaan kerana semua bukti menunjukka­n ia aktiviti haram.

Dikatakan bahawa pihak berkuasa berkenaan telah diminta meneliti kesimpulan jawatankua­sa terbabit bahawa tiada kes terhadap syarikat-syarikat yang menebang pokok di kawasan itu walaupun terdapat laporan komprehens­if mengenai kegiatan mereka di kawasan konsensi.

Mereka juga mahu keputusan yang dibuat anggota jawatankua­sa itu perlu diketahui umum terutama kepada pemain industri serta mendedahka­n keputusan yang dibuat bagi kes lain pembalakan haram diketengah­kan kepada media.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia