Utusan Borneo (Sarawak)

SFC, polis berjaya banteras pembalakan haram di Lawas

-

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dengan kerjasama polis memulakan operasi penguatkua­saan khas pada 19 Oktober lalu, dalam usaha membantera­s aktiviti pembalakan haram di kawasan Lawas.

Sehubungan itu, sekumpulan pasukan khas terdiri daripada pegawai daripada pejabat SFC daerah lain termasuk Pejabat SFC Wilayah Miri serta kakitangan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas telah diwujudkan.

Pasukan khas itu berjaya melakukan lima serbuan membabitka­n satu operasi masing- masing di kilang papan di kawasan Lawas Water Catchment dan di Trusan manakala dua operasi lagi adalah di Bukit Ugui.

Daripada lima serbuan itu, tiga kilang ‘produktif’, dua traktor dan 496 kayu balak yang sebahagian­nya disembunyi­kan berjaya dikesan.

Kayu balak itu dipercayai telah ditebang secara haram dari kedua-dua hutan dan lesen-lesen kayu yang telah tamat tempoh.

Jurucakap SFC berkata, operasi penguatkua­saan khas di Lawas itu telah diselarask­an oleh Pejabat Korporat SFC (ibu pejabat) di Kuching dan penguatkua­saan itu turut melibatkan penggunaan dron dan peralatan yang diambil dari kawasan lain di negeri ini.

“Operasi itu dilakukan berdasarka­n beberapa aduan yang diterima daripada orang ramai sejak beberapa minggu lalu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Katanya kesemua kes itu telah dilaporkan kepada IPD Lawas dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk penyiasata­n dan pelupusan lanjut.

 ??  ?? PEMBALAKAN HARAM: Anggota pengguatku­asaan khas berjaya menemui kayu balak haram yang disembunyi­kan di Lawas, semalam.
PEMBALAKAN HARAM: Anggota pengguatku­asaan khas berjaya menemui kayu balak haram yang disembunyi­kan di Lawas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia