Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tetap 8 Disember bicara kes pasangan mencuri

-

MIRI: Mahkamah Majistret Miri menetapkan 8 Disember depan untuk perbicaraa­n kes seorang lelaki dan seorang wanita yang menafikan tuduhan mencuri pelbagai barang kepunyaan seorang lelaki lain.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh kedua supaya dibebas dengan jaminan lanjut, manakala tertuduh pertama yang gagal membayar wang jaminan ditahan lanjut se- mentara menunggu tarikh tersebut.

Al- Muhammad Yunus Mohd Faizal, 31, dan Nurul Ashikin Bujang, 31, keduaduany­a dari Kampung Lereng Bukit di sini telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh telah dituduh mencuri wang tunai RM900, satu unit bank kuasa (power bank), tiga utas tali pinggang, satu alat pelurus rambut, syampu dan alat pengecas bateri telefon bimbit yang kesemuanya bernilai RM1,600 kepunyaan Ahmed Nazirul Affindee.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 5.30 pagi, 7 Oktober lalu di sebuah bilik hotel bajet di Marina Bay di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk perbicaraa­n kes ini setelah kedua-dua tertuduh mengekalka­n pengakuan tidak bersalah atas tuduhan itu.

Katanya, seramai enam orang saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbiacara­an kes itu kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia