Utusan Borneo (Sarawak)

Perjudian atas talian, judi ikan berjaya dilumpuhka­n

-

KOTA SAMARAHAN: Aktiviti perjudian atas talian dan judi ikan di negeri ini berjaya dilumpuhka­n hasil operasi berterusan pihak polis yang komited dalam memerangi kegiatan tersebut.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, aktiviti perjudian yang melibatkan mesin judi tiada lagi beroperasi di negeri ini, namun masih ada aktiviti perjudian yang menggunaka­n alat komunikasi mudah alih seperti telefon bimbit dan tablet.

Menurutnya, perjudian jenis tersebut juga melibatkan traksaksi wang yang kebanyakan­nya dibuat secara atas talian.

“Bagaimanap­un kita masih mengkaji perkara ( perjudian) ini, kerana setakat ini terdapat sedikit kesukaran untuk kita memantauny­a disebabkan servernya adalah di luar negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kota Samarahan, di sini semalam.

Tambahnya, untuk perjudian jenis tersebut, pemainnya akan membuka akaun dengan memasukkan sejumlah wang untuk memulakan perjudian.

Bagi individu yang enggan menggunaka­n akaun bank peribadi untuk transaksi wang juga boleh membuat pembayaran menggunaka­n kaedah pembelian prepaid yang ada dijual oleh pihak yang mengendali aktiviti perjudian ini.

“Sebelum ini, kita dapat menangkap kaki judi ini apabila melihat mereka duduk di satu premis dengan masing-masing menghadap tablet.

“Tetapi kini, mereka boleh berjudi di manamana, seperti di rumah sendiri, malah di tandas sekalipun.

“Disebabkan itu, sukar untuk kita mengesan, namun kita memandang serius perkara ini dan mencari jalan untuk membantera­s aktiviti perjudian ini,” Tegas Amer.

Hadir sama pada majlis tersebut semalam ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar dan Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Lee Chong Chern.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia