Utusan Borneo (Sarawak)

Tempatkan Polis Marin di semua empangan

-

SIBU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menggesa agar Polis Marin ditempatka­n di semua empangan utama di negeri ini bagi menjaga aset penting negara itu.

“Saya membawa isu berhubung keperluan anggota Polis Marin ditempatka­n di semua empangan bagi menjaga keselamata­n aset negara ini.

“Diharap Ketua Polsi Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan mengambil langkah dengan mengarahka­n anggota Polis Marin ditempatka­n di situ,” ujarnya.

Laporan akhbar baru-baru ini menyebut Polis Marin negeri merancang membina sebuah balai polis di Empangan Hidroelekt­rik Bakun.

Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak ACP Salehuddin Mat Zaman berkata, ini bagi memastikan Empangan Bakun sebagai aset penting negeri dilindungi sepenuhnya.

Beliau memberitah­u, satu kertas kerja bagi tujuan itu juga dihantar kepada Bukit Aman untuk diluluskan.

Salehuddin berkata, buat masa ini keselamata­n empangan tersebut dijaga Polis Bantuan yang diambil Sarawak Energy Berhad.

Dalam perkembang­an lain, Masir yang juga Ahli Parlimen Sri Aman menyambut baik Bajet 2018 dibentang Perdana Menteri pada Jumaat lepas.

Dalam pembentang­an itu, Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan sebanyak RM9 bilion kepada pihak polis.

Menurut Masir, perun- tukan sebanyak RM250 juta diberi kepada Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperting­katkan kawalan keselamata­n di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak, termasuk RM50 juta untuk coastal surveillan­ce radar.

Sebanyak RM50 juta lagi katanya bagi meningkatk­an keupayaan aset pensenjata­an Pasukan Gerak Khas menangani kegiatan keganasan.

“Selain itu, RM720 juta bagi pembinaan 11 ibu pejabat dan enam balai polis, RM170 juta untuk menaik taraf peralatan ICT dan RM100 juta bagi menaik taraf sistem komunikasi.

“Perdana Menteri juga mengumumka­n pembinaan 10,000 unit rumah untuk anggota polis,” jelasnya.

Di samping itu menurut Masir, hampir RM250 juta diperuntuk­kan kepada RELA, yang merupakan peruntukan tertinggi kepada RELA setakat ini.

 ??  ?? MASIR
MASIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia