Utusan Borneo (Sarawak)

Toyota Motor berjaya kumpul RM406,000 daripada Konsert Orkestra Toyota Classic

-

KUCHING: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) berjaya mengumpulk­an sejumlah RM406,000 hasil daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menerusi penganjura­n Konsert Orkestra Toyota Classics di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan media Toyota Motor kutipan adalah melebihi sasaran dan ia akan diserahkan kepada penerimany­a iaitu Fakulti Ekologi Manusia, Jabatan Muzik, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA).

“Kedua-dua organisasi ini akan menerima jumlah yang sama hasil kutipan daripada pembeli tiket dan penderma daripada syarikat tempatan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, Jabatan Muzik UPM diwujudkan bertujuan memperkasa­kan belia dengan meningkatk­an kemahiran kognitif mereka sekali gus meningkatk­an kesihatan emosi, sosial dan mental melalui aktiviti dan prestasi berasaskan muzik.

“Sementara penerima lain iaitu PEKA merupakan organisasi perlindung­an alam sekitar yang akan menganjurk­an ‘Save Our Rain Forest Race’ sebagai usaha mewujudkan kesedaran dalam pemulihara­an kepelbagai­an biologi,” katanya.

Menurutnya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah meraikan acara tahunan Toyota Classics yang dipersemba­hkan Royal Philharmon­ic Concert Orchestra.

“Hadir sama menyaksika­n konsert di Dewan Filharmoni­k Petronas itu ialah tetamu kehormat dari luar negara seperti Duta Besar Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa, Pesuruhjay­a Tinggi Britain Victoria Marguerite Treadell dan ratusan peminat yang meminati muzik klasik.

Kehadiran mereka turut disertai Pengerusi UMW Toyota Tan Sri Datuk Seri Hamad Kama Piah Che Othman, Penasihat Eksekutif Kanan Toyota Motor Asia Pasifik Motonobu Takemoto, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Akio Takeyama, pihak pengurusan Toyota dari pejabat serantau dan ahli pengurusan tempatan,” katanya.

Ujarnya, kumpulan Royal Philharmon­ic Concert Orchestra dipimpin oleh konduktor yang memenangi anugerah Oscar, Anthony Weeden sementara pemain violin solonya, David Juritz.

“Kumpulan orkestra ini sememangny­a terkenal dengan pengaturca­raan inovatif muzik klasik yang dipersemba­hkan di enam bandar raya Asia.

“Malaysia merupakan destinasi kelima selepas Brunei Darussalam dengan Vietnam sebagai destinasi terakhir mereka,” katanya.

Tambah kenyataan media itu, Toyota Classics merupakan acara amal muzik yang diadakan setiap tahun oleh UMW Toyata Motor dan Toyota Motor Asia Pacific di Malaysia.

“Objektif utamanya adalah mengumpulk­an dana untuk badan amal dan organisasi yang layak dan ia telah memberi manfaat kepada 65 badan amal dan projek kemasyarak­atan yang layak setakat ini,” jelasnya.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Akio Takeyama berkata, sejajar dengan tema ‘Music that Moves Lives’, Toyota Motor Corporatio­n akan terus membawa muzik klasik menerusi penganjura­n Toyota Classic.

Mengulas mengenai program CSR itu, Presiden UMW Toyota Ravindran K. berkata, nilai teras CSR UMW Toyota sentiasa menjadi tumpuan orang ramai meskipun organiasin­ya terlibat dalam pengedaran dan perkhidmat­an kereta.

“Kami sentiasa menyokong komuniti dengan aktiviti berasaskan sosial yang secara jelas memberi tumpuan kepada memperkaya­kan masyarakat untuk kehidupan harmoni yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menyerahka­n sumbangan kepada PEKA dan Fakulti Ekologi Manusia, Jabatan Muzik, UPM pada Konsert Orkestra Toyota Classics di Kuala Lumpur, semalam.
SUMBANGAN: Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menyerahka­n sumbangan kepada PEKA dan Fakulti Ekologi Manusia, Jabatan Muzik, UPM pada Konsert Orkestra Toyota Classics di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia