Utusan Borneo (Sarawak)

JIM menahan 19,000 PATI dan 427 majikan Hasil operasi ke atas PATI tiada E-Kad, majikan gagal daftar selepas penamatan tempoh permohonan kad

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Lebih 19,000 pendatang asing tanpa izin ( PATI) dan 427 majikan berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak 1 Julai lalu sehingga tengah malam 31 Oktober tahun ini, kata Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali.

Katanya, jumlah tangkapan itu dibuat hasil daripada operasi JIM secara besar-besaran di seluruh negara ke atas PATI yang tidak mempunyai E-Kad serta majikan yang gagal mendaftark­an mereka selepas penamatan tempoh permohonan kad tersebut.

“Sepanjang operasi ini, dua daripada lima sektor utama merekodkan bilangan PATI terbesar yang tidak mempunyai E-Kad ialah sektor pembinaan dan sektor perkhidmat­an,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Sepanjang operasi ini, dua daripada lima sektor utama merekodkan bilangan PATI terbesar yang tidak mempunyai EKad ialah sektor pembinaan dan sektor perkhidmat­an. Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah JIM

JIM Negeri Sarawak di Pustaka Negeri Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Unit Pemeriksaa­n dan Perundinga­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Mattison Attang Achun dan Pengarah JIM Negeri Sarawak Ken Leben.

Seramai 300 pegawai daripada 49 pejabat JIM di seluruh negeri Sarawak menyertai Majlis Lafaz IBR jabatan itu.

Mustafar berkata, program E-kad yang dilaksana sejak 15 Februari hingga 30 Jun lalu bertujuan memenuhi permintaan majikan bagi mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor yang dibenarkan dan kad berkenaan hanya sah sehingga 15 Februari 2018.

Kata beliau, jumlah yang berjaya dicapai dalam tempoh beberapa bulan sahaja itu merupakan kejayaan memberangs­angkan hasil tindakan agresif jabatan itu dalam usaha melipatgan­dakan operasi penguatkua­saannya.

“Ini bukan tugas mudah tapi atas kerja-kerja tindakan seluruh JIM yang agresif, maka kita berhasil melakukan tangkapan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mustafar bahawa JIM berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama Utama (KPI) purata 850 operasi penguatkua­saan setiap bulan sejak Ogos.

Melihat hasil itu katanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya JIM meningkatk­an jumlah operasinya sebanyak 1,300 sebulan.

“Dan pada Oktober lalu, kita (JIM) berjaya melaksanak­an 1,327 operasi penguatkua­saan di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? SERAH DOKUMEN: Ken menyerahka­n dokumen IBR kepada Mattison disaksikan Mustafar (dua kanan) pada Majlis Lafaz IBR JIM Negeri Sarawak di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching, semalam.
SERAH DOKUMEN: Ken menyerahka­n dokumen IBR kepada Mattison disaksikan Mustafar (dua kanan) pada Majlis Lafaz IBR JIM Negeri Sarawak di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia