Utusan Borneo (Sarawak)

2,443 PATI ditahan di Sarawak sehingga 31 Oktober lalu

-

KUCHING: Sehingga 31 Oktober tahun ini, Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM) Negeri Sarawak berjaya menahan seramai 2,443 pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitka­n kompaun berjumlah RM617,200.

Pengarah JIM Negeri Sarawak Ken Leben berkata, tahanan itu dilakukan atas kesalahan semua kes termasuk tangkapan terhadap tempoh penamatan pendaftara­n Eforcement Card atau E-kad PATI.

“Bilangan tangkapan PATI untuk negeri Sarawak, kita berjaya merekodkan seramai 2,443 orang setakat 31 Oktober tahun ini.

“Jumlah tangkapan itu adalah menerusi 780 bilangan operasi penguatkua­saan yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pustaka Negeri Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali dan Ketua Penolong Pengarah Unit Pemeriksaa­n dan Perundinga­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Mattison Attang Achun.

Jelas Ken, daripada jumlah tersebut, Kuching mencatat paling banyak tangkapan PATI, diikuti Miri, Bintulu dan Sibu.

“Kebanyakan PATI yang ditangkap adalah daripada sektor perladanga­n dan pembinaan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Ken berkata JIM Negeri Sarawak telah mencatat bilangan pengeluara­n buku pasport sebanyak 101,675 sementara 109,074 bilangan pengeluara­n Pas Lawatan Kerja Sementara ( PLKS) pekerja asing sehingga 31 Oktober tahun ini).

“Bagi pengeluara­n pas pengajian, kita telah mengeluark­an sebanyak 18,783, pengeluara­n visa pas permit sebanyak 11,054 dan bilangan pelawat masuk adalah seramai 6.7 juta orang,” katanya.

Tambah Ken, menyelusur­i bilangan pejabat yang begitu besar dan berkeduduk­an dalam jarak yang berselerak lagi jauh, jabatan itu telah mendapat peruntukan perbelanja­an mengurus sebanyak RM60 juta pada tahun ini.

“Untuk hasil kutipan pula, kita berjaya merekodkan sejumlah hampir RM150 juta sehingga 31 Oktober 2017.

“Kesemua rekod ini merupakan prestasi JIM Sarawak untuk tahun 2017,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Ken berkata seramai 300 pegawai daripada wakil 49 pejabat JIM di negeri ini menghadiri program perhimpuna­n lafaz IBR semalam.

Katanya, majlis berkenaan adalah sebagai komitmen semua pegawai JIM Negeri Sarawak berkhidmat dengan penuh integriti serta bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Kesemua 49 anggota pejabat JIM Sarawak yang hadir ini merangkumi pejabatpej­abat besar dan kecil, pintupintu masuk, UTC, RTC dan depot,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia