Utusan Borneo (Sarawak)

106 peserta Kempen Mencegah Obesiti berjaya turun, kekal berat badan

-

SIBU: Seramai 106 orang atau 69.7 peratus daripada 152 peserta mengambil bahagian dalam Kempen Mencegah Obesiti anjuran Delta Leasing Sdn Bhd telah berjaya menurun dan mengekalka­n berat badan.

Kempen yang bermula Mac lepas melibatkan penyertaan guru sekolah dan orang awam serta lima sekolah menengah iaitu SMK Sacred Heart, SMK Tung Hua, SMK Methodist, SMK Chung Hua dan SMK Bandar Sibu.

Daripada jumlah keseluruha­n, seramai 34 peserta atau 22.4 peratus berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram ke atas, 13 peserta (8.6 peratus) menurunkan berat badan tiga kilogram ke atas, 21 peserta (13.8 peratus) menurunkan berat bandar dua kilogram ke atas dan 22 peserta (14.5 peratus) menurunkan berat badan sekilogram ke atas.

Seramai sembilan peserta ( 3.3 peratus) pula menurunkan berat badan kurang daripada sekilogram, tujuh peserta (7.2 peratus) masih mengekalka­n berat badan masing-masing. Manakala 46 peserta (30.3 peratus) gagal dalam misi kempen selepas berat badan bertambah dalam tempoh enam bulan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah semalam telah menyempurn­akan majlis penutupan dan penyampaia­n sijil penyertaan kepada peserta kempen yang diadakan di SMK Sacred Heart.

Dalam ucapannya, Fatimah memuji usaha yang dijalankan Delta Leasing Sdn Bhd kerana menganjurk­an kempen itu sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan berharap pihak lain dapat mencontohi usaha itu.

Sementara itu, pengerusi penganjur kempen Dr Gregory Hii berkata, kempen itu adalah tanggungja­wab sosial korporat Delta Leasing Sdn Bhd dengan dana permulaan RM50,000 dan dijalankan di seluruh negeri dalam tempoh dua tahun ini.

“Kempen pertama kali dilancarka­n pada Mac lepas adalah fasa pertama. Kami akan melancarka­n kempen kedua di Kuching pada tahun depan. Diharapkan usaha yang dilakukan akan terus dapat memberi maklum balas yang positif,” jelasnya.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sibu Wong Hee Sieng, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain dan Pengetua SMK Sacred Heart David Teo.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada wakil pelajar SMK Tung Hua untuk Kempen Mencegah Obesiti. Turut kelihatan Gregory (kiri) dan Wong (kanan).
TERUSKAN USAHA: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada wakil pelajar SMK Tung Hua untuk Kempen Mencegah Obesiti. Turut kelihatan Gregory (kiri) dan Wong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia