Utusan Borneo (Sarawak)

Guru kreatif, inovatif lahir pelajar cemerlang

-

SRI AMAN: Guru kreatif dan inovatif mampu melahirkan generasi pelajar cemerlang sejajar dengan wawasan negara.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, guru memiliki dua ciri berkenaan sentiasa memikirkan pembaharua­n yang dapat membawa perubahan dalam sistem pengajaran mereka.

“Justeru, kita menggesa pendidik di negeri ini supaya mengubah cara pengajaran dahulu kepada lebih kreatif dan inovatif,” katanya.

Jelasnya, cara kreatif dan inovatif secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman di Dewan Hollis Tini di sini semalam.

Menurutnya, guru harus bijak membawa perubahan kepada suasana pengajaran dengan lebih kondusif agar setiap pengajaran dicurah sampai kepada sasaran.

“Ini penting kerana pelajar akan menunjukka­n minat mempelajar­i mata pelajaran sekiranya cara penyampaia­n guru mereka mengikut peredaran zaman”, jelasnya.

Dalam pada itu, Harden turut menggesa ibu bapa agar mengutamak­an pendidikan anak kerana mereka (anak ) akan menjadi pemimpin serta aset penting bersama-sama membangunk­an negara ini.

“Kita sebagai ibu bapa jangan sesekali mengabaika­n tanggungja­wab menghantar anak ke sekolah bagi menimba ilmu sebanyak mungkin kerana pada zaman sekarang, ilmu pengetahua­n amat penting”, tambah Harden.

“Jangan pula kita men- ganggap menghantar anak ke sekolah suatu perkara membebanka­n sebaliknya memikirkan masa depan bersama,” katanya.

Tambahnya, kemiskinan juga bukan lagi alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Malah sudah ramai golongan miskin yang menghantar anak ke peringkat pendidikan tertinggi malah mengecapi kejayaan di menara gading,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya ramai ibu bapa kini sedar mengenai kepentinga­n menghantar anak ke sekolah kerana tahu bahawa ilmu pengetahua­n dapat mengubah corak kehidupan mereka.

Menyentuh mengenai pembanguna­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Harden berkata golongan pelajar hari ini perlu melengkapk­an diri dengan ilmu ICT kerana ia amat penting terutama ketika bersaing mencari pekerjaan.

“Ibu bapa turut memainkan perananpen­tingmengga­lakkan anak-anak mempelajar­i ICT. Sekiranya anak- anak kita tidak mahir ICT, sukar untuk mereka bersaing dengan belia lain ketika mencari pekerjaan kelak”, jelas Harden.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Residen Bahagian Sri Aman Indit Banggai, Pengetua Sekolah Mohd Nor Narudin, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jilin Itar serta guru kanan sekolah.

Pada majlis berkenaan, Harden turut menyampaik­an Anugerah Pelajar Harapan PT3 kepada Yasmin Irdiana, Anugerah Pelajar Harapan SPM telah disandang oleh Mishabelle Dessy, Anugerah Pelajar Sahsian Terbaik telah disandang Dayang Nur Amira, Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulu­m Aisha Rasyidah Mohamad Lela dan Anugerah Pelajar Contoh Mishabelle Dessy.

 ??  ?? CEMERLANG: Harden (berdiri empat kanan), Mohd Nor Narudin (lima kiri), Jilin (dua kiri), Indit (kanan) bergambar kenang kenangan bersama dengan para pelajar cemerlang sekolah berkenaan semalam.
CEMERLANG: Harden (berdiri empat kanan), Mohd Nor Narudin (lima kiri), Jilin (dua kiri), Indit (kanan) bergambar kenang kenangan bersama dengan para pelajar cemerlang sekolah berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia