Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan HSL UCTS bantu tingkat keupayaan penyelidik­an universiti

-

SIBU: Pembukaan Makmal Struktur Berat (HSL) Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) mampu meningkatk­an lagi keupayaan penyelidik­an di Fakulti Kejurutera­an universiti itu.

Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata kewujudan makmal ini juga mampu menerajui penyelidik­an berkaitan inovasi dan teknologi moden.

Ujarnya dalam konteks ekonomi, universiti merupakan antara institusi penting dalam perkembang­an dan pertumbuha­n ekonomi nasional.

“Kekuatan yang ada pada IPTA kerana wujudnya ahli akademik dan penyelidik berkepakar­an serta keupayaan melaksanak­an kajian berimpak tinggi, khususnya dalam bidang kejurutera­an,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media selepas merasmikan bangunan HSL UCTS semalam.

Menurut Wong UCTS kini berada pada landasan terbaik melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir.

“Ini kerana Sarawak sedang giat melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya,

Jelasnya, Sarawak juga sedang berusaha melibatkan diri dengan penyelidik­an sains dan pembanguna­n teknologi moden untuk mempelbaga­ikan ekonominya.

Sementara itu Naib Censelor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri berkata kewujudan makmal HSL mencermink­an komitmen UCTS dalam menghasilk­an jurutera siswazah kompeten untuk mengetuai R&D dalam bidang kejurutera­an awam.

Abdul Hakim berkata, UCTS turut berusaha menyediaka­n ujian kepada industri tempatan yang akhirnya membawa manfaat kepada negeri ini yang mempunyai banyak pembanguna­n.

Katanya ketika ini Fakulti Kejurutera­an Awan UCTS mempunyai 141 pelajar dan telah menghasilk­an 36 graduan sejak 2016.

“Program kejurutera­an awam yang ditawarkan di UCTS juga diiktiraf sepenuhnya oleh lembaga akreditasi dan Lembaga Jurutera Malaysia,” jelas beliau.

 ??  ?? WAKIL SARAWAK: Naroden bersama rombongan usahawan yang dijemput menyertai Ekspo 1 Kampung 1 Produk di Brunei yang bermula semalam.
WAKIL SARAWAK: Naroden bersama rombongan usahawan yang dijemput menyertai Ekspo 1 Kampung 1 Produk di Brunei yang bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia