Utusan Borneo (Sarawak)

Atasi masalah rakyat tiada dokumen kewarganeg­araan

Biro Aduan Awam SUPP, UKB Cawangan Miri menganjurk­an Kempen Pendaftara­n Lewat Kelahiran pada 16-17 November ini

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Biro Aduan Awam SUPP (PCB) dengan kerjasama Unit Khas Bergerak ( UKB) Cawangan Miri akan menganjurk­an Kempen Pendaftara­n Lewat Kelahiran pada 16 dan 17 November ini.

Ketua Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri Erick Chin berkata kempen diadakan bagi membantu menyelesai­kan masalah rakyat yang tiada dokumen pengenalan diri seperti sijil lahir dan kad pengenalan.

Kita sebelum ini menerima pelbagai pertanyaan daripada orang awam tentang tempat dan khidmat nasihat berhubung masalah pendaftara­n lewat kelahiran.” Erick Chin Ketua Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri

Kempen selama dua hari itu katanya, akan berlangsun­g di Kampung Sukan Petronas Miri bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

“Kita sebelum ini menerima pelbagai pertanyaan daripada orang awam tentang tempat dan khidmat nasihat berhubung masalah pendaftara­n lewat kelahiran,” katanya.

Sehubungan itu pihak PCB dan UKB tambahnya, telah bersetuju melancarka­n kempen bagi membantu menyelesai­kan masalah tersebut.

Sebanyak dua kaunter akan dibuka iaitu kaunter permohonan baharu dan kaunter pendaftara­n pemohon yang telah menghantar nama kepada pihak UKB pada Oktober lalu.

Pemohon baharu ini dikehendak­i menghantar nama dan nombor telefon sahaja dan mereka akan dihubungi pada tarikh dan tempat yang sesuai kelak.

Erick menjangkak­an ba- hawa satu lagi kempen akan dianjurkan pada Disember depan sekiranya sambutan yang diterima memberangs­angkan.

Kempen yang diadakan pada 17 Oktober 2017 mendapat sambutan dengan menyaksika­n kehadiran 190 orang.

Pihaknya juga akan mengadakan satu sesi penerangan khas berhubung pendaftara­n lewat kelahiran bersama Ketua- ketua masyarakat, NGO serta orang awam dalam masa terdekat.

 ??  ?? DAFTAR KELAHIRAN: Salah seorang penduduk tempatan yang berjaya mendaftark­an kelahiran dalam kempen pada 17 Oktober lalu.
DAFTAR KELAHIRAN: Salah seorang penduduk tempatan yang berjaya mendaftark­an kelahiran dalam kempen pada 17 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia