Utusan Borneo (Sarawak)

Terabai Menua bantu mangsa kebakaran ringan beban ditanggung

-

MIRI: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum Dayak di sini, Terabai Menua, telah tampil menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Bekelit, Niah, baru-baru ini.

Bantuan dihantar bertujuan menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan, khususnya mangsa kebakaran rumah panjang tersebut yang melibatkan seramai 450 mangsa daripada pelbagai peringkat umur.

Terabai Menua telah menghulurk­an sumbangan berupa beras, makanan kering, pakaian terpakai, keperluan dapur dan lain-lain serta wang tunai, yang diserahkan kepada wakil mangsa kebakaran tersebut.

Penasihat Terabai Menua bagi Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Brunei dan Australia Mark Jenggo, telah mewakili persatuann­ya menghulurk­an sumbangan kepada wakil mangsa, Tuai Rumah Majang Rangkai.

“Selain berterima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malasyia (APM) yang banyak membantu mangsa kebakaran, kami juga berterima kasih kepada rakan Debellator Miri, kerana telah bersama- sama kami dan menyokong usaha murni membantu mangsa kebakaran,” jelas beliau.

Mark juga berharap lebih banyak NGO tampil membantu mangsa kerana mereka amat memerlukan sokongan, selain jumlah keluarga yang agak ramai terbabit dalam kebakaran tersebut iaitu berjumlah 81 pintu.

“Kami berharap sumbangan ini walaupun tidak seperti yang diharapkan namun dapat membantu meringanka­n beban mangsa kebakaran,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau berharap lebih banyak pihak, sama ada NGO, badan korporat mahupun syarikat tampil melaksanak­an tanggungja­wab sosial masingmasi­ng membantu mangsa kebakaran berkenaan.

 ??  ?? HULUR SUMBANGAN: Mark (lima kiri) menyerahka­n sumbangan daripada pihak Terabai Menua kepada Tuai Rumah Majang, sambil disaksikan anggota APM dan ahli persatuan yang lain.
HULUR SUMBANGAN: Mark (lima kiri) menyerahka­n sumbangan daripada pihak Terabai Menua kepada Tuai Rumah Majang, sambil disaksikan anggota APM dan ahli persatuan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia