Utusan Borneo (Sarawak)

PEDAS menyokong perhimpuna­n aman anjuran SADIA

-

LIMBANG: Pelbagai aktiviti utama sudah dirancang diadakan awal tahun depan di bahagian ini.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Limbang Datuk Wong King Hoong berkata aktiviti itu termasuk Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 bersama Gabungan Pertubuhan Cina Sarawak dan Mesyuarat Agung Tahunan 2018 pada Mac depan.

“Perbincang­an bersama ahli jawatankua­sa persatuan penting dalam merancang pelbagai aktiviti awal tahun depan bagi menyemar- akkan perayaan-perayaan masyarakat Cina di sini,” katanya pada Mesyuarat Jawatankua­sa Induk persatuan itu.

Pada program sama, Wong mahu semua pengerusi, persatuan bersekutu mengadakan mesyuarat agung tahunan masing- masing pada awal tahun supaya tidak bertembung dengan aktivitiak­tiviti lain.

Turut dibincangk­an penglibata­n masyarakat Cina dalam pelbagai aktiviti dan bekerjasam­a dengan agensiagen­si sekali gus menyahut seruan kerajaan ke arah ekonomi digital. KUCHING: Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) semalam turut menyatakan akan memberi sokongan terhadap perhimpuna­n aman anjuran Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) di sini, pada 13 November nanti.

SADIA sebelum ini pada satu sidang media menyatakan mereka akan mengadakan perhimpuna­n aman pada 13 November bagi menuntut kerajaaan melakukan pindaan segera terhadap Kanun Tanah Negeri.

Perhimpuna­n didakwa diadakan ketika berlangsun­gnya Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsun­g pada 8 hingga 17 November ini.

Presiden PEDAS Mejar (B) Kapten Collin Imran menegaskan bahawa PEDAS akan memberi sokongan penuh terhadap perhimpuna­n aman tersebut dan akan mengarahka­n ahli persatuan seluruh Sarawak untuk hadir bersama.

Selain itu, perhimpuna­n juga bagi mendesak kerajaan negeri menyegerak­an tindakan terhadap penyelesai­an terhadap tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang masih berlarutan tanpa penyelesai­an sejak sekian lama.

“Semua ahli yang berkesempa­tan pada masa tersebut diminta hadir untuk menyokong demonstras­i aman tersebut.

“Ini adalah asas perjuangan PEDAS untuk mempertaha­nkan hak-hak orang asal sewajarnya terutama hak ke atas pemilikan tanah warisan mereka,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Katanya ia penting untuk menjamin hak masyarakat yang tertindas demi menjaga keharmonia­n dan perpaduan.

“Justeru PEDAS berpendapa­t amat perlu untuk kerajaan negeri mengambil langkah serius menangani masalah tersebut dan menyelesai­kannya secara jangka panjang.

“Masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama tetapi pendekatan kerajaan melengahka­n langkah penyelesai­an adalah amat mengecewak­an,” katanya.

Semasa menyatakan sokongan PEDAS terhadap demonstras­i aman itu, Collin juga menyeru semua individu dan NGO yang memperjuan­gkan hak orang asal, turut serta menyokong demo aman tersebut.

Beliau juga mengingatk­an semua ahli dan yang hadir supaya mematuhi arahan daripada penganjur supaya demo aman tersebut berjalan lancar dan mencapai matlamatny­a.

 ??  ?? BINCANG: Wong (duduk, empat kiri) bersama ahli persatuan pada mesyuarat jawatankua­sa induk persatuan itu.
BINCANG: Wong (duduk, empat kiri) bersama ahli persatuan pada mesyuarat jawatankua­sa induk persatuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia