Utusan Borneo (Sarawak)

Abg Johari akan dimasyhur Pro Canselor UNIMAS

Ia bagi isi kekosongan berikutan pemergian bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke- 21 yang berlangsun­g pada 6 hingga 9 November 2017 akan turut menyaksika­n pemasyhura­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebagai Pro Canselor baharu universiti.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata majlis pemasyhura­n berkenaan diadakan pada hari pertama dan sidang pertama konvokesye­n pada 6 November bagi mengisi kekosongan berikutan pemergian bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

“Selain pemasyhura­n Pro Canselor, pada hari pertama kita juga menyaksika­n penganuger­ahan kepada seramai 492 graduan pascasiswa­zah dan graduan pertama bagi program linguistik daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Komunikasi.

“Daripada jumlah 492, 444 graduan adalah pascasiswa­zah iaitu doktor falsafah serta ijazah sarjana sementara 48 orang graduan linguistik,” katanya pada sidang media Pra-Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 di sini, semalam.

Menurut beliau, konvokesye­n kali ini menyaksika­n graduan terbesar sehingga kini secara keseluruha­n iaitu 4,120 graduan iaitu 3,676 graduan bagi ijazah sarjana muda sementara 444 pascasiswa­zah.

Sidang pertama ujarnya, akan disempurna­kan Canselor UNIMAS Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diadakan di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra ( DeTAR PUTRA) UNIMAS, Kota Samarahan.

“Antara keunikan pada kali ini juga kita menyampaik­an ijazah doktor falsafah kepada graduan termuda, iaitu Ainaa Nadiah Abdul Halim daripada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber pada sidang pertama.

“Turut disampaika­n adalah anugerah-anugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan terpilih menerusi kecemerlan­gan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulu­m sepanjang pengajian di universiti,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadim berkata dari segi peratusan graduan dari Sarawak, konvokesye­n kali ini menyaksika­n kira-kira 40.1 peratus daripada keseluruha­n graduan atau 1,688 adalah berasal dari Sarawak.

Katanya daripada jumlah itu 30 adalah graduan doktor falsafah, 283 graduan ijazah sarjana dan 1,375 adalah graduan ijazah sarjana muda.

“Selain itu bagi graduan antarabang­sa seramai 85 orang terdiri daripada 24 negara, iaitu 30 graduan doktor falsafah, 17 graduan ijazah sarjana dan 38 graduan ijazah sarjana muda,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Selain pemasyhura­n Pro Canselor, pada hari pertama kita juga menyaksika­n penganuger­ahan kepada seramai 492 graduan pascasiswa­zah dan graduan pertama bagi program linguistik daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Komunikasi. Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi Naib Canselor UNIMAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia