Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai aktiviti menarik pada ConFest 2017 sempena Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21

-

KUCHING: Pelbagai aktiviti menarik berasaskan kepelbagai­an kaum dan budaya diadakan pada Festival Konvokesye­n 2017 (ConFest) 2017 sempena Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke21.

Menurut pengerusi pengelola merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, ConFest akan berlangsun­g dari 4 hingga 11 November 2017 yang diisi dengan aktiviti menarik yang dirancang.

“Antara program yang signifikan adalah Citrawarna yang diadakan pada 4 November pada jam 7.30 malam di Pentas Utama UNIMAS yang disertai kesemua kolej kediaman UNIMAS.

“Mereka masing-masing akan membuat persembaha­n mengikut tema dan menariknya penyertaan kali ini, kami mengehadka­n bajet dengan hanya RM1,500 untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media PraKonvoke­syen UNIMAS Ke- 21 yang dihadiri Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di sini, semalam.

Tambah Fadzil, selain itu antara aktiviti sampingan yang dijangka mendapat sambutan memberangs­angkan adalah Pertanding­an Dota 2 dan Pertanding­an Joran.

“Kedua-dua aktiviti ini telah mendapat sambutan memberangs­angkan pada penganjura­n tahun lepas dan mengalu-alukan penyertaan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, selain itu aktiviti kesihatan seperti penjagaan kesihatan, karnival sukan, gerai makanan dan minuman serta banyak lagi disediakan kepada pengunjung.

Katanya kali ini mereka menggalakk­an aktiviti dikendalik­an pelajar sendiri dengan idea mereka sendiri.

Fadzil berkata, sebanyak 18 program disusun sepanjang ConFest dan melibatkan semua elemen seperti kebajikan, kebudayaan dan pelbagai kaum.

 ??  ?? PELBAGAI AKTIVITI: Fadzil (kiri) bersama Kadim (tengah) serta yang lain pada sidang media Pra-Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 yang berlangsun­g pada 6 hingga 11 November nanti.
PELBAGAI AKTIVITI: Fadzil (kiri) bersama Kadim (tengah) serta yang lain pada sidang media Pra-Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 yang berlangsun­g pada 6 hingga 11 November nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia