Utusan Borneo (Sarawak)

70 CCTV dipasang di bandar raya Miri

Projek sudah bermula, dipasang mengikut kawasan kerana kos agak tinggi

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sebanyak 70 kamera litar tertutup ( CCTV) dipasang dan beroperasi di empat lokasi pasar utama sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii memberitah­u, sebanyak 24 unit daripada CCTV tersebut dipasang sekitar Pasar Krokop 10 di sini menempatka­n pasar basah, kedai makan dan premis perniagaan lain.

Manakala di Tamu Muhibah, MBM memasang 14 CCTV dan 11 lagi dipasang di Tamu Kedayan.

Di Pasar Komuniti dan Pasar Perpaduan terletak bersebelah­an, MBM memasang masing- masingnya 16 dan lima CCTV di kawasan terbabit dan sekitarnya.

“Semua 70 CCTV itu menelan kos sejumlah RM91,361.40 dan dikendalik­an sepenuhnya MBM menerusi jabatan penguatkua­saannya.

“Pemasangan ini melengkapk­an CCTV sekitar bandar raya ini bagi meningkatk­an aspek keselamata­n dan pemantauan,” katanya pada Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MBM di sini petang kelmarin.

Adam menambah, projek itu sudah lama bermula dan dipasang secara berpering- kat- peringkat mengikut kawasan kerana kos agak tinggi.

Beliau berharap pemasangan CCTV itu membantu penguat kuasa MBM memantau keadaan sekitar bandar raya terutama di kawasan tumpuan ramai.

“Sama ada ia berkaitan kes jenayah termasuk rompakan, kecurian ma- hupun kemalangan, melalui CCTV semua aktiviti di kawasan liputan dapat dirakam.

“Jika ada berlaku kes tertentu sama ada jenayah atau kemalangan, maka kita mudah menjejaki kes tersebut dengan memuat turun rakaman CCTV,” katanya.

Hadir sama Timbalan

Semua 70 CCTV itu menelan kos sejumlah RM91,361.40 dan dikendalik­an sepenuhnya MBM menerusi jabatan penguatkua­saannya. Adam Yii Datuk Bandar MBM

Datuk Bandar MBM Julaihi Mohamad dan Pemangku Setiausaha MBM Morshidi Fredrick.

 ??  ?? TINGKAT KESELAMATA­N: Adam (depan, tengah) membentang­kan mengenai pemasangan CCTV di pasar-pasar utama di Miri pada Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MBM kelmarin.
TINGKAT KESELAMATA­N: Adam (depan, tengah) membentang­kan mengenai pemasangan CCTV di pasar-pasar utama di Miri pada Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MBM kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia