Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli MBM setuju kaji prosedur orang awam hadiri mesyuarat

-

MIRI: Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) sebulat suara bersetuju mengkaji semula prosedur orang awam ingin menghadiri mesyuarat penuh bulanan sebagai pemerhati.

Persetujua­n itu dicapai selepas cadangan tersebut diutarakan Datuk Bandarnya Adam Yii dan disokong Ahli Majlis Kaunselor Keith Chin.

Ahli majlis bersetuju isu tersebut wajar diberi perhatian dengan mempertimb­ang kajian semula terhadap prosedurny­a agar orang ramai lebih menghormat­i peraturan ditetapkan MBM jika ingin menghadiri mesyuarat penuh.

Antara prosedur dikaji semula itu termasuk mengawal jumlah orang awam ingin menghadiri mesyuarat penuh bulanan.

“Mereka ingin menghadiri mesyuarat bulanan perlu menghantar notis seminggu lebih awal sebelum mesyuarat kepada setiausaha majlis dan saya sendiri memberi kelulusan itu.

“Ini kerana jika kita tidak dapat mengawal jumlah pemerhati agak ramai, timbul isu kesesakan kerana tidak cukup ruang meletakkan kerusi, wartawan membuat liputan rasa terganggu kerana tiada tempat duduk dan ini yang saya mahu elakkan.

“Saya mahu semua orang datang dapat duduk dan mengikuti mesyuarat dalam keadaan selesa selain mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan,” jelasnya.

Bagaimanap­un, katanya perkara tersebut ( kajian semua prosedur) akan dibincangk­an secara lanjut pada mesyuarat seterusnya.

“Apabila keputusan muktamad sudah dicapai dan diluluskan maka saya sendiri mengumumka­nnya pada sidang media,” katanya.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar MBM Julaihi Mohamad serta Pemangku Setiausaha MBM Morshidi Fredrick.

Perkara tersebut berbangkit pada mesyuarat penuh bulan ini bermula jam 2 petang semalam dan berlangsun­g dengan baik tanpa sebarang gangguan selepas berlaku sedikit kekecohan pada Isnin lalu.

Mesyuarat sepatutnya diadakan jam 11.30 pagi, Isnin lalu terpaksa dibatalkan dan Adam mengumumka­n penangguha­nnya ke satu tarikh dan masa baharu apabila Ahli Dewan Undangan Neg- eri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dan Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hii enggan keluar meninggalk­an mesyuarat kerana melanggar peraturan dan kod berpakaian menghadiri mesyuarat seperti ditetapkan.

Etika berpakaian ke mesyuarat tersebut, selain kemas orang awam tidak dibenarkan memakai pakaian membawa logo sesebuah parti politik, tidak kira sama ada pembangkan­g atau bukan.

Manakala Dr Ting berpakaian kemas tetapi seragam korporat dipakainya tertera logo DAP di bahagian dada manakala Hii memakai kemeja- T DAP berwarna merah.

Etika berpakaian diluluskan semasa mesyuarat penuh pada September lalu juga tidak membenarka­n orang awam menghadiri mesyuarat memakai kemeja-T dan berseluar jean.

Dr Ting ketika diarahkan meninggalk­an mesyuarat enggan berbuat demikian dengan alasan beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu ( melalui surat pekeliling atau notis rasmi) sebaliknya hanya membaca berita mengenainy­a dalam sebuah akhbar bahasa Ing- geris.

Kenyataan media dikeluarka­n Adam pada hari yang sama menyatakan bahawa peraturan baharu itu diluluskan pada Isnin, 25 September 2017 dan pada hari berikutnya (26 September) berita mengenai peraturan baharu itu disiarkan di akhbar- akhbar tempatan dan nasional.

Keengganan kedua- dua mereka meninggalk­an mesyuarat tersebut menyebabka­n Adam kemudian membatalka­n mesyuarat Isnin dan menangguhk­an ke satu tarikh baharu kelmarin ( Selasa).

 ??  ?? PINGAT: Sapuan (lapan kiri) bersama kakitangan­nya menerima Pingat Perkhidmat­an Setia di Miri kelmarin.
PINGAT: Sapuan (lapan kiri) bersama kakitangan­nya menerima Pingat Perkhidmat­an Setia di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia