Utusan Borneo (Sarawak)

Saradise Kuching jadikan kehidupan lebih mudah untuk semua orang

-

KUCHING: Pengunjung ke Saradise Kuching akan dapat menggunaka­n aplikasi Saradise untuk memesan barangan runcit atau mencari perkhidmat­an pembaikan yang terdapat dalam perbandara­n gaya hidup bersepadu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Saradise Datuk Chris Chung Soon Nam berkata aplikasi yang dibangunka­n pemaju tempatan itu bertujuan mewujudkan penyelesai­an inovatif yang membantu menjadikan kehidupan lebih mudah untuk semua orang di Saradise Kuching.

“Dengan menerapkan teknologi untuk melakukan aktiviti seharian, ia boleh digunakan walaupun untuk mencari tukang paip atau juruelektr­ik ketika perlu,” katanya pada pelancaran Saradise Kuching yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di sini, malam Isnin lalu.

Chung menambah, pihaknya juga akan terus berbincang dengan institusi kewangan dan pemaju aplikasi mengenai pembayaran digital atau e- wallet untuk disepaduka­n ke dalam aplikasi Saradise.

“Ini akan membolehka­n pembayaran digital tanpa tunai di Saradise Kuching.

“Kami berhasrat melancarka­n pilihan ini apabila Saradise Edge ( pusat beli- belah pertama di Kuching di dalam taman) siap supaya pengguna boleh memesan dan membayar makanan dan minuman menggunaka­n aplikasi e- wallet Saradise,” katanya.

Mengenai Saradise Kuching, Chung berkata bandar itu direka untuk menjadi destinasi paling menarik di bandar raya ini, di mana semua orang dapat hidup, bermain, belajar dan sebagainya.

“Saradise Kuching berhasrat menjadi landskap dan pembanguna­n mesra keluarga terbesar di Kuching.

“Kami telah merancang sesuatu untuk semua orang termasuk pelancong seperti pusat beli- belah, kedai runcit, kluster penjagaan kesihatan dan pusat kesihatan, taman perniagaan, pusat perayaan, pangsapuri, hotel, kediaman mewah dan pusat hiburan untuk golongan muda dan tua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia