Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Hutan Sarawak mahu lebih ramai rakyat usahakan ladang buaya

-

MIRI: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mahu lebih ramai rakyat negeri ini mengusahak­an ladang buaya meskipun pihaknya meluluskan lesen memburu buaya.

Pengarahny­a Sapuan Ahmad berkata JHS menggalakk­an orang awam membuka ladang sebagai melengkapk­an dua ladang sedia ada iaitu Taman Buaya Miri di Kuala Baram dan Taman Buaya Jong di Kuching.

Sapuan berkata, mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang permohonan di JHS yang berhampira­n.

“Kedua-dua ladang buaya ini bukan hanya menternak buaya untuk daging dan kulit dijual di dalam dan luar negara malah ia satu usaha pemulihara­an reptilia itu selain tarikan pelanconga­n.

“Sebagai contoh, Taman Buaya Miri dibuka secara rasmi pada 1998, dikatakan berjaya menarik lebih satu juta pelawat dan pelancong ke Miri,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Pingat Perkhidmat­an Setia di sini kelmarin.

Mengenai lesen memburu buaya, Sapuan berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan jumlah buaya yang diburu.

“Pemburuan sepenuhnya tidak berlaku kerana terdapat pemegang lesen sah khususnya kalangan peribumi keberatan membunuh reptilia itu setelah mendapat mimpi selain pantang larang nenek moyang mereka,” katanya.

Setakat ini, JHS telah mengeluark­an lebih 10 lesen memburu, kebanyakan pemohon dari kawasan Batang Lupar kerana terdapat terlalu banyak buaya di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia