Utusan Borneo (Sarawak)

SKMM kenal pasti sumber kebocoran data peribadi

Tindakan undang-undang ke atas pihak yang bersalah

-

TEMERLOH: Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga sepupunya dalam kejadian pada malam 21 Okt lalu.

Iskandar Zulkarnain Zolkifly, 26, dituduh membunuh Rabiatol Ain Mohamod, 27 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 sehingga 9 malam di Taman Temerloh Makmor.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Iskandar turut didakwa mengikut Seksyen 15 (1) ( a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan memasukkan dadah jenis morfin ke dalam badan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, awal pagi pada 22 Okt. Kesalahan mengikut seksyen ini memperuntu­kkan hukuman pen- jara tidak kurang dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Moham- ad Yusof kemudian memohon kepada mahkamah supaya menetapkan satu tarikh baharu sementara menunggu laporan kimia. — Bernama KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenal pasti sumber yang mungkin menjadi punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, siasatan sedang dilakukan SKMM dengan kerjasama polis agar tindakan segera dapat diambil untuk menyelesai­kan isu itu.

“Kelmarin (Isnin) pihak MCMC ( SKMM) telah mengadakan perbincang­an dengan pihak ‘telcos’ ber- hubung dengan ‘data leakages’ yang telah berlaku. Pihak MCMC dan polis sedang menyiasat perkara ini. Kita telah mengenal pasti sumber- sumber di mana berkemungk­inan data ini bocor.

“Sudah tentulah kita akan mengambil tindakan- tindakan secepatnya untuk menyelesai­kan perkara ini. Beberapa sumber yang berkemungk­inan data ini boleh bocor dan kita akan mengambil langkah-langkah, kita tunggu sahaja,” katanya kepada pemberita di luar persidanga­n Dewan Rakyat, di sini semalam.

Beliau berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah membocorka­n data peribadi itu berdasarka­n undangunda­ng sedia ada termasuk Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010.

Salleh berkata siasatan menjurus kepada dua aspek iaitu siapa pihak yang membocorka­n maklumat itu dan dari mana maklumat data itu diperoleh. — Bernama

Sudah tentulah kita akan mengambil tindakan-tindakan secepatnya untuk menyelesai­kan perkara ini. Beberapa sumber yang berkemungk­inan data ini boleh bocor dan kita akan mengambil langkah-langkah, kita tunggu sahaja. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Iskandar dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga sepupunya dalam kejadian malam 21 Okt lalu.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Iskandar dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga sepupunya dalam kejadian malam 21 Okt lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia