Utusan Borneo (Sarawak)

Guru kelahiran Sarawak berkualiti masih kurang

Kerajaan tidak dapat desak untuk capai dasar 90:10 guru tempatan mengajar di negeri ini menjelang tahun depan

- Oleh Nick Fletcher

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri tidak dapat mendesak untuk mencapai dasar 90:10 guru tempatan mengajar di negeri ini menjelang tahun depan, disebabkan kekurangan guru kelahiran Sarawak yang berkualiti.

Justeru, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata khidmat guru dari Semenanjun­g Malaysia mungkin masih diperlukan untuk mengajar di negeri ini, sehingga guru tempatan yang berkelayak­an dapat mengisi kekosongan itu.

“Kita tidak boleh terus memenuhi dasar 90:10 ini walaupun inilah yang diingini kerajaan negeri, tetapi kita perlu memikirkan kualiti guru juga.

“Saya tidak cuba untuk menyokong pengambila­n guru-guru dari Semenanjun­g Malaysia tetapi sebahagian daripada mereka adalah guru yang benar-benar bagus,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan perasmian pembukaan Persidanga­n Kebangsaan Budaya Berfikir 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) di sini, semalam.

Manyin menegaskan bahawa keutamaan yang harus diberi adalah terhadap kualiti pendidikan anak-anak Sarawak, lebih-lebih lagi di

Kita tidak boleh terus memenuhi dasar 90:10 ini walaupun inilah yang diingini kerajaan negeri, tetapi kita perlu memikirkan kualiti guru juga. Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

luar bandar agar mereka dapat didedahkan dengan pembelajar­an yang baik seperti pelajar di bandar dan Semenanjun­g Malaysia.

Sehubungan itu, katanya kerajaan harus memastikan pengambila­n guru untuk mengajar di negeri ini adalah yang dilatih dan mempunyai kualiti.

“Adakah anda mahu anakanak diajar oleh guru yang tidak layak? Sebagai contoh, Singapura, Jepun dan Australia benar-benar memberi perhatian tinggi terhadap profesion pendidikan dan mereka hanya mengambil 30 daripada kohort graduan mereka yang layak memohon menjadi guru.

“Kita juga mahu begitu untuk memastikan anak-anak kita mendapat hasil yang baik,” katanya.

Sementara itu mengenai laporan bahawa seramai 70 guru interim di bawah inisiatif 90:10 Sarawak yang ditamatkan perkhidmat­an bermula 31 Oktober lalu, Manyin berkata ia adalah berdasarka­n kontrak dengan Kementeria­n Pendidikan.

“Mereka boleh menduduki semula ujian psikometri­k pada November ini untuk memohon jawatan sebagai guru tetap,” katanya.

 ??  ?? TUMPUAN MEDIA: Manyin ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan perasmian pembukaan Persidanga­n Kebangsaan Budaya Berfikir 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), Kota Samarahan semalam.
TUMPUAN MEDIA: Manyin ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan perasmian pembukaan Persidanga­n Kebangsaan Budaya Berfikir 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), Kota Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia