Utusan Borneo (Sarawak)

Penggabung­an enam sekolah di Jemoreng mendapat hasil positif

-

MUKAH: Isu dan perbincang­an mengenai penggabung­an enam sekolah di kawasan Jemoreng mendapat hasil positif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata dialog dengan penduduk mengenainy­a telah diadakan dan lokasi sekolah baharu bakal diputuskan Jabatan Pendidikan.

“Ia akan menjadi tiga sekolah ( rendah) dan kita difahamkan keluasan diberi sekurang- kurangnya 15 ekar,” katanya kepada Utusan Borneo di sini kelmarin.

Menurutnya, bukan sahaja keluasan itu yang penting serta lokasi baharu sekolah namun ia bakal dilengkapi dengan kemudahan mencukupi dan bangunan lebih selamat.

Keenam- enam sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sekaan Kecil, SK Orang Kaya Selair, SK Sok, SK Pergau, SK Kebuwau serta SK Sg Ilas.

Semua sekolah terbabit adalah sekolah harian manakala SK Kebuaw dan SK Sg Ilas kekal sebagai sekolah berasrama.

“Apa yang penting semua pihak harus berkomprom­i dalam hal ini sebab ia untuk masa depan anak-anak kita agar tidak ketinggala­n dalam pendidikan,” jelasnya.

Walaupun mengakui perbincang­an serta dialog dilakukan agak hangat, namun semua perkara remeh-temeh berbangkit mengatasi kebaikan untuk semua pihak.

Ketiga-tiga sekolah bakal dibina pada fasa kedua dan ketiga namun Jemoreng harus diberi keutamaan demi kemudahan serta keselamata­n murid.

Turut serta dalam dialog itu ialah Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia