Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar disaran agresif tingkat pengetahua­n, bersedia hadapi cabaran mendatang

-

MIRI: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri ( SMKDP) disaran meningkat pengetahua­n lebih agresif serta bersedia menghadapi cabaran selepas tamat persekolah­an.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, perjalanan selepas tamat persekolah­an masih jauh serta bakal berdepan dunia luar penuh mencabar.

“Paling penting pelajar harus meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran diri supaya mereka bersedia dalam menempuhi alam pekerjaan atau menyambung pelajaran,” katanya pada Majlis Penganuge- rahan Murid Cemerlang dan Majlis Graduasi SMK Dato Permaisuri.

Lebih 300 pelajar menerima anugerah dan sijil masing-masing pada majlis tersebut yang turut dihadiri ibu bapa pelajar dan guru.

Sebastian juga percaya Pengetua SMK Dato Permaisuri baharu, Haslinda Jedi membawa transforma­si sekolah ke arah lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Haslinda berpengala­man dalam mentadbir beberapa sekolah terbaik Sarawak iaitu Sekolah Menengah Sains Miri, kita percaya beliau akan memberi impak kepada sekolah ini,” katanya.

Bahkan kata Sebastian, Haslinda juga mampu memikul tanggungja­wab besar meneruskan kecemerlan­gan sekolah dalam akademik dan kokurikulu­m.

Sementara itu, Nicol Chung Xin Yan diumum sebagai pelajar terbaik dengan merangkul anugerah ‘Pencapaian Terbilang Permaisuri 2017’, ‘ Permata Merit’, ‘ Nilam’ serta cemerlang dalam semua subjek.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Suif Alias serta Pegawai Pendidikan Daerah Miri Zambri Zainal.

 ??  ?? TAHNIAH: Sebastian (tiga kanan) menyampaik­an anugerah Pencapaian Terbilang Permaisuri 2017 kepada Nicol (dua kanan) sambil disaksikan Haslinda (tiga kiri).
TAHNIAH: Sebastian (tiga kanan) menyampaik­an anugerah Pencapaian Terbilang Permaisuri 2017 kepada Nicol (dua kanan) sambil disaksikan Haslinda (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia