Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar lepasan sekolah menengah disaran ikuti perkembang­an pembanguna­n negeri

-

KUCHING: Pelajar lepasan sekolah menengah disaran mengikuti perkembang­an semasa pembanguna­n negeri Sarawak sebagai persiapan kerjaya bagi mengisi keperluan industri pada masa depan.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata Sarawak yang sedang bergerak ke arah era ekonomi digital menawarkan banyak peluang kepada generasi baharu.

“Dasar kerajaan kini menumpukan pembanguna­n negeri ke arah era digital secara holistik dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Justeru, golongan pelajar khususnya mesti tahu tentang dasar yang dilaksanak­an kerajaan,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan 2017 SMK Tun Abang Haji Openg di sini, semalam.

Hadir sama Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg Affida Helmi.

Beliau menasihati pelajar agar bijak dalam pemilihan kursus pengajian selepas tamat persekolah­an.

“Tidak dinafikan, pelajar mempunyai pilihan selepas tamat bersekolah sama ada untuk meneruskan pengajian atau menceburi bidang kerjaya.

“Apa pun, anda harus bijak dalam pemilihan kursus yang menjurus kepada keperluan industri di negeri Sarawak,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahka­n bahawa pelbagai pembanguna­n berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilaksanak­an di Sarawak.

Katanya ia merupakan peluang kepada generasi muda khususnya golongan pelajar untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam setiap dasar pembanguna­n kerajaan.

“Dengan penglibata­n generasi muda ini ia dapat mempersiap­kan mereka menghadapi masa depan,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 99 pelajar tingkatan enam menerima sijil graduasi selain beberapa anugerah khas lain.

 ??  ?? KENANGAN: Dr Abdul Rahman bergambar bersama para penerima Anugerah Khas Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan 2017 SMK Tun Abang Haji Openg di Kuching semalam.
KENANGAN: Dr Abdul Rahman bergambar bersama para penerima Anugerah Khas Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan 2017 SMK Tun Abang Haji Openg di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia