Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan harus kaji semula pangkat polis di IPD: MCPF

OCPD di tahap DSP, gred lebih rendah daripada guru besar

-

SETIU: Jawatan dalam institusi kepolisan di negara ini perlu dinaik taraf pada semua peringkat selaras dengan fungsinya sebagai badan keselamata­n utama di negara ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Wira Ayub Yaakub berkata sudah tiba masanya kerajaaan menilai semula jawatan pegawai dan anggota polis khususnya di luar bandar terutama dari segi pangkat, skop tugas, kerja serta masa.

“Kebanyakan jabatan lain contohnya jawatan bagi ketuaketua jabatan sudah dinaik taraf ke pangkat yang lebih

Contohnya di daerah Setiu ini, mereka ada DSP tetapi tidak ada timbalan ketua polis daerah...hal ini bukan sesuatu yang baharu tetapi telah lama dibincangk­an dan saya rasa sudah sampai masa untuk melaksanak­an pangkat baharu kepada ketua-ketua polis daerah.

tinggi tetapi ketua polis daerah (OCPD) masih di tahap Deputi Superinten­dan Polis (DSP)...yang mana gred mereka ini juga lebih rendah berbanding dengan guru besar sekarang.

“Jadi saya rasa walau sekecil mana daerah berkenaan, OCPD haruslah berpangkat Superinten­dan dan di bawahnya harus ada timbalan dan ketua-ketua jabatan baru struktur organisasi pentadbira­n itu nampak cantik, begitu juga di balai-balai yang mana harus ada penambahan anggota baharu agar mereka boleh membuat pusingan kerja secara normal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Lawatan Penilai Anugerah Balai Polis Cemerlang MCPF 2017 di Balai Polis Sungai Tong, hari ini yang turut dihadiri Anggota Jawatankua­sa MCPF Pusat Mansor Ismail, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Zulkifli Mat Deris dan Ketua Balai Polis Sungai Tong Sarjan Mejar Mat Nawi Jusoh. — Bernama

Datuk Seri Wira Ayub Yaakub Naib Pengerusi MCPF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia