Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 64,894 ketua isi rumah berstatus miskin tegar

-

KUALA LUMPUR: Terdapat sejumlah 64,894 ketua isi rumah yang berdaftar di bawah Sistem eKasih dengan berstatus miskin tegar, sehingga 12 Okt lalu, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Azizah Mohd Dun berkata daripada jumlah itu, 28,978 ketua isi rumah adalah di kawasan bandar, manakala 35,916 lagi di kawasan luar bandar.

“Dalam memastikan kesejahter­aan rakyat menjadi keutamaan selaras dengan konsep inklusivit­i, kerajaan amat prihatin terhadap golongan miskin dan sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan.

“Terdapat pelbagai program dan bantuan yang telah, sedang dan akan dilaksanak­an oleh kerajaan pusat dan negeri, khususnya bagi memastikan kadar kemiskinan terus dikurangka­n,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) berhubung bilangan mereka yang dikategori­kan sebagai golongan miskin tegar dalam dan luar bandar serta jumlah ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang telah mendapat bantuan kementeria­n itu.

Azizah berkata antara langkah yang diperkenal­kan kementeria­nnya termasuk program Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawan­an Wanita (I-KeuNita) yang kini dikenali sebagai ‘Developmen­t of Women Entreprene­urs Initiative’ ( DEWI) yang bermatlama­t untuk memberi latihan kepada golongan sasar supaya dapat menjana pendapatan dan meningkatk­an kualiti hidup.

Katanya, kementeria­n turut menyediaka­n bantuan kepada warga emas, OKU dan pesakit terlantar yang menyaksika­n sehingga Ogos lalu, sejumlah 134,789 warga emas telah mendapat manfaat daripada Skim Bantuan Orang Tua dengan kadar RM300 sebulan, melibatkan peruntukan lebih RM360 juta.

Bagi bantuan yang diberikan kepada golongan OKU pula, Azizah berkata ia melibatkan skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar di mana sehingga Ogos lalu, sejumlah 78,221 OKU telah mendapat manfaat daripada Skim Elaun Pekerja Cacat dengan peruntukan RM240 juta.

“Melalui skim Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja sejumlah 56,413 orang penerima dengan peruntukan sejumlah RM97 juta. Bagi Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar pula sejumlah 24,571 penjaga menerima manfaat daripada bantuan ini dengan peruntukan sejumlah RM68 juta,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia