Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia lancar penerbanga­n terus dari Kuching ke Shenzhen mulai 26 Dis

-

KUCHING: Syarikat tambang murah AirAsia, akan menghubung­kan Kuching ke Shenzhen, China dengan penerbanga­n terus harian mulai 26 Disember ini.

Menurut satu kenyataan kelmarin, laluan baharu tersebut merupakan laluan antarabang­sa ketiga dari Kuching dan laluan baharu ketiga yang dilancarka­n dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada tahun ini.

Sebelum ini laluan antarabang­sa yang telah dilancarka­n AirAsia adalah Pontianak dan Langkawi iaitu selari dengan usaha AirAsia untuk terus mengembang­kan habnya di Malaysia Timur.

“Kami teruja untuk menghubung­kan Kuching ke Shenzhen dan menambah laluan antarabang­sa ke Malaysia Timur.

“Sarawak merupakan antara destinasi pelaburan paling popular di Malaysia bagi syarikat-syarikat dari China, bahkan mereka juga menjadi pelabur terbesar dalam sektor keluli dan tenaga boleh diperbahar­ui di negeri ini.

“Justeru, kami percaya laluan ini bukan sahaja akan mengukuh dan membuka banyak peluang untuk perdaganga­n antarabang­sa, pelaburan langsung asing (FDI) dan e-dagang, malah akan terus memperkasa ekonomi negeri itu.

“Selain itu, laluan ini adalah selari dengan visi kami untuk menjadikan Kuching sebagai hab serantau, selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatk­an sektor pelanconga­n dan penambahan laluan penerbanga­n di Sarawak.

“Oleh itu, kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada barisan kepimpinan negeri Sarawak, Ketua Menteri Sarawak dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak atas sokongan dan kerjasama yang berterusan,” kata Ketua Komersial AirAsia Berhad Spencer Lee dalam kenyataann­ya.

Pihaknya komited untuk terus mengembang­kan hab penerbanga­n dengan menjadikan Sarawak sebagai salah satu destinasi yang harus dikunjungi, serta menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak selain daripada 2.6 juta tetamu yang telah AirAsia terbangkan ke negeri ini pada tahun ini.

Sempena pengumuman laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua dari RM88 sehala dari Kuching ke Shenzhen untuk tempahan bermula sekarang hingga 5 November 2017 di airasia. com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, bagi tempoh perjalanan antara 26 Disember 2017 dan 25 Mac 2018.

Ahli AirAsia BIG juga boleh mendapatka­n 100 Mata Ganjaran BIG apabila mereka turut membeli insurans perjalanan dalam talian.

AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching dengan 229 penerbanga­n mingguan sehala. Selain Shenzhen, syarikat penerbanga­n itu juga terbang dari Kuching ke Singapura, Pontianak, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Langkawi.

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada komitmenny­a untuk pasaran China, AirAsia telah meningkatk­an kekerapan dari Kuala Lumpur ke Kunming hingga 14 kali seminggu bermula 19 Disember lalu dan dari Langkawi ke Shenzhen hingga empat kali seminggu bermula 23 Disember ini.

Terletak di seberang sempadan China dari Hong Kong, Shenzhen adalah sebuah bandar dengan ekonomi yang pesat dan landskap yang luas.

Ia juga merupakan salah satu bandar terkaya dan mempunyai penduduk paling ramai di China, justeru ia mempunyai pelbagai tarikan yang hebat seperti Overseas Chinese Town, Dafen Oil Painting Village, Taman Botani Xianhu, China Folk Village, taman tema yang mengujakan dan banyak lagi.

Kunjungan ke Shenzhen juga tidak lengkap tanpa mencuba juadah tempatan seperti tiram Shajing; angsa panggang Gongming; abalone Nan’ao; udang Xixiang Jiwei dan lain-lain.

Para pengunjung juga boleh membeli-belah di Jalan Dongmen, Luohu Commercial City, pusat elektronik Hua Qiang Bei serta di daerah Nanshan, Renmin Nan dan Shen Nan Zhong yang terkenal dengan tawaran hebat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter. com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia