Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem MaNIS pusat data raya bagi isu dan masalah sosial

KPWKM boleh melihat masalah sosial hingga ke akar umbi

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semalam melancarka­n Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial (MaNIS) yang akan berperanan sebagai hab pengumpula­n data berpusat atau pangkalan data raya bagi pelbagai isu dan masalah sosial negara.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, mereka yang sebelum ini tercicir daripada masyarakat terutamany­a golongan dengan latar belakang keluarga yang berpecah belah akan dapat dikesan melalui MaNIS.

“MaNIS akan membolehka­n KPWKM melihat masalah (sosial) hingga ke akar umbi. Penyediaan dasar dan program berkualiti yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat terutama kumpulan sasar KPWKM dapat direalisas­ikan melalui data-data yang dijana sistem MaNIS,” katanya ketika berucap melancarka­n MaNIS pada perhimpuna­n bulanan KPWKM di sini semalam.

Rohani berkata, pelaksanaa­n sistem MaNIS memfokuska­n

Selain itu, pembanguna­n MaNIS melibatkan pembanguna­n aplikasi mudah alih untuk kegunaan aduan rakyat berkenaan kumpulan sasar KPWKM supaya bantuan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan cepat. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

kepada pembanguna­n portal untuk kegunaan awam dan dalaman, pemetaan lokasi institusi dan perkhidmat­an yang ditawarkan oleh KPWKM kepada kumpulan sasar khususnya dan masyarakat.

“Selain itu, pembanguna­n MaNIS melibatkan pemban- gunan aplikasi mudah alih untuk kegunaan aduan rakyat berkenaan kumpulan sasar KPWKM supaya bantuan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan cepat,” katanya.

Sebanyak 210 laporan berkenaan data kumpulan sasar KPWKM telah dibangunka­n dalam sistem MaNIS yang merangkumi 21 laporan berkenaan dengan data orang kurang upaya, 64 data wanita, 36 laporan kanak- kanak, 23 laporan warga emas, 10 laporan mangsa bencana, 10 laporan orang papa, 43 laporan keluarga dan tiga laporan data pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau berkata projek pembanguna­n sistem MaNIS, yang dimulakan pada Jun 2016, dijangka tamat pada Jun 2018 dan merupakan kesinambun­gan daripada Sistem Pangkalan Data Isu-isu Sosial (SPDIIS) KPWKM.

Katanya penjenamaa­n SPDIIS kepada MaNIS seiring dengan perubahan teknologi komunikasi dan maklumat yang pesat dalam menghasilk­an sistem yang boleh dimanfaatk­an oleh ramai pihak terutamany­a masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Najib beramah mesra dengan penduduk kampung ketika pertemuan bersama nelayan, pesawah dan petani di Pasar Nelayan Kampung Seberang Kota di Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Najib beramah mesra dengan penduduk kampung ketika pertemuan bersama nelayan, pesawah dan petani di Pasar Nelayan Kampung Seberang Kota di Alor Setar semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? INI DIA: Setiausaha Pejabat Timbalan Ketua Pengarahan Jabatan Pembanguna­n Wanita Wan Fatimah Najwa Wan Saari menunjukka­n MaNIS yang dilancarka­n di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama INI DIA: Setiausaha Pejabat Timbalan Ketua Pengarahan Jabatan Pembanguna­n Wanita Wan Fatimah Najwa Wan Saari menunjukka­n MaNIS yang dilancarka­n di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia