Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan seksual, guru boleh dipecat

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Pendidikan tidak akan teragak-agak memecat seorang guru yang dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya, barubaru ini, jika sekiranya didapati bersalah.

Timbalan Menteri Pendidikan,DatukP.Kamalanath­an berkata tindakan guru itu sama sekali sukar dipercayai, lebih-lebih lagi apabila tanggungja­wab seorang guru adalah untuk mempertaha­n dan menjaga pelajar atau anak muridnya.

Katanya, ia disifatkan satu jenayah pecah amanah kerana keluarga pelajar itu telah meletakkan kepercayaa­n kepada suspek untuk menjaga mangsa.

“Harapkan pagar, pagar makan padi. Individu ini tidak boleh mengajar di sekolah jika sekiranya benar. Individu yang berbahaya... sangat berbahaya. Tapi kena tunggu laporan terakhir (siasatan) kerana PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan JPN ( Jabatan Pendidikan Negeri) serta pihak polis juga sedang melakukan siasatan,” katanya. IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan meringanka­n hukuman mati terhadap dua banduan kepada penjara seumur hidup sempena Hari Keputeraan baginda, Jumaat ini.

Setiausaha Lembaga Pengampuna­n Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, keputusan itu dibuat pada Persidanga­n Lembaga Pengampuna­n Negeri yang dipengerus­ikan Sultan Nazrin pada 12 Okt lalu.

Menurutnya, kedua- dua banduan tersebut disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan setiap seorang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Taiping masing-maisng pada 19 Mac 2009 dan 15 Jun 2009.

“Rayuan kedua-dua mereka telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutua­n dan mereka sudah menjalani hukuman

Kamalanath­an berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Johor di sini, semalam.

Ia sebagai mengulas isu seorang guru di sebuah sekolah Tamil yang dilaporkan menjanjika­n pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat pelajar itu menyerahka­n tubuhnya.

Lelaki berusia 56 tahun itu yang juga merupakan seorang pemimpin cawangan MIC membuat janji tersebut kepada ibu gadis berkenaan sebelum rakaman audio perbualan mereka tersebar luas melalui aplikasi mesej WhatsApp.

Dalam klip audio lapan minit 49 saat itu, lelaki itu memberitah­u bahawa beliau telah membantu banyak gadis, yang baharu saja selesai menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) mendapat pekerjaan setelah mereka mengadakan hubungan seks dengannya.

Suspek bagaimanap­un difahamkan telah melepaskan jawatannya dalam MIC susulan tersebarny­a rakaman terbabit. — Bernama

Sultan Perak berkenan ringankan hukuman mati dua banduan

penjara lebih 16 tahun mulai tarikh reman pada 2001.

“Dengan pengampuna­n itu, kedua- dua banduan berkenaan kini dipenjara seumur hidup berkuat kuasa mulai tarikh persidanga­n itu (12 Okt),” katanya dalam kenyataan semalam.

Abdul Puhat berkata Sultan Nazrin bertitah bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat agar undang-undang negara dihormati.

“Baginda juga menitahkan pengampuna­n atau meringanka­n sesuatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah akan hanya dipertimba­ngkan apabila banduan menunjukka­n sifat insaf.

“...sedar serta menyesal akan kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf, berkelakua­n baik semasa dalam tahanan serta menunjukka­n azam untuk memulakan penghidupa­n baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia