Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico di ambang penyingkir­an awal

Qarabag yang tamatkan permainan dengan 10 pemain ikat skuad Simeone 1-1 di Madrid

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid diambang penyingkir­an awal dari kejohanan Liga Juara- Juara selepas diikat 1-1 di tempat sendiri oleh kelab pendatang baharu kejohanan dari Azerbaijan, Qarabag, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain Selasa lepas.

Finalis kejohanan pada 2014 dan 2016 itu perlu menewaskan Roma dan Chelsea pada baki dua perlawanan Kumpulan C dan mengharapk­an keputusan lain memihak kepada mereka selepas hanya mengutip tiga mata dari empat perlawanan pertama.

“Kami harus menewaskan Roma dan kemudian takdir akan menentukan sekiranya kami layak meneruskan kemaraan atau tersingkir dari kejohanan,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Sekali lagi, anak buah Simeone menerima padah kerana ketumpulan jentera serangan selepas Michel meletakkan Qarabag di hadapan lima minit sebelum rehat.

Rembatan cantik Thomas Partey dari luar kotak penalti membolehka­n Atletico mengikat kedudukan, 11 minit selepas rehat dan Qarabag terpaksa bertahan selama 30 minit terakhir selepas pemainnya, Pedro Henrique menerima kad merah dan diperintah meninggalk­an padang.

Tetapi Diego Godin, Filipe Luis dan Nicolas Gaitan gagal menyempurn­akan peluang untuk memastikan kemenangan.

“Sasaran kami ialah untuk tidak bolos gol dan menyempurn­akan peluang

Kami harus menewaskan Roma dan kemudian takdir akan menentukan sekiranya kami layak meneruskan kemaraan atau tersingkir dari kejohanan. Diego Simeone Jurulatih Atletico Madrid

yang ada tetapi sebaliknya berlaku,” kata kapten Atletico, Gabi.

Atletico kini hanya menang sekalidari­lapanperla­wananterak­hir pada musim per- t a - ma mereka di Stadium Wanda Metropolit­ano.

Masalah utama Atletic o sejak beberapa bulan ialah menjaringk­an gol dan ketumpulan jentera serangan boleh digambarka­n dengan jelas di mana mereka memiliki paling banyak peluang di pintu gol lawan berbanding mana-mana pasukan dalam pertanding­an ini musim ini (32 cubaan). “Kami mempunyai masalah menjaringk­an gol dan kami harus terus menegaskan untuk menanganin­ya,” tambah Simeone. Atletico bermula dengan baik apabilarem­batanAntoi­neGriezm a n n ditepis penjaga gol Qarabag, Antoine Griezmann. Bagaimanap­un, walaupun perbezaan jelas perbelanja­an di antara kedua-dua kelab, Qarabag kelihatan bermain dengan lebih memberangs­angkan dengan penyokong tuan rumah mula mengkritik pasukan mereka sendiri. “Kita semua tahu kualiti yang dimiliki Atletico dan saya mahu berterima kasih kepada pemain saya,” kata jurulatih Qarabag, Gurban Gurbanov. “Ia adalah kali pertama kami bertanding pada satu pertanding­an di peringkat ini dan kami memerlukan pengalaman perlawanan seperti ini.” Simeone naik berang apabila Jakub Rzezniczak dilayangka­n kad kuning kerana menjatuhka­n Gameiro di hujung kotak penalti, 10 minit sebelum rehat.

Dan beliau menjadi lebih bimbang lima minit kemudian apabila a Michel menyempurn­akan rnakan tendangan sudut Donald Guerrier untuk meletakkan Qarabag rabag di hadapan.

Dari 10 gol ol yang dibolosi Atletico musim ini, tujuh daripadany­a a adalah dari tandu- kan.

Atletico bermula s e p a r u h masa kedua dengan lebih yakin dengan Gameiro mempunyai peluang awal selepas Sehic menepis satu cubaan Angel Correa.

Tidak lama selepas itu, Atletico hampir ketinggala­n 0-2 tetapi Stefan Savic sempat mengeluark­an bola sebelum melepasi garisan pintu gol. Kegagalan itu menjadi pemangkin keyakinan Atletico, yang mengik mengikat kedudukan pada minit ke56 apab apabila Partey menyem menyempurn­akan umpana umpanan Griezmann. Qaraba Qarabag bermain dengan 10 pemain apabila Henrique dilayang dilayangka­n kad merah se serta-merta s e l e p a s melakukan terjahan keras ke at atas Godin. Walaup Walaupun dengan kelebihan seorang pemain, Atletico tetap gagal mencari gol kemenangan dengan Sehic beraksi tangkas untuk mengekalka­n kedudukan sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LAKAR KEJUTAN: Michel menjaringk­an gol pertama buat Qarabag pada aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Selasa lepas.
— Gambar AFP LAKAR KEJUTAN: Michel menjaringk­an gol pertama buat Qarabag pada aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Selasa lepas.
 ??  ?? SIMEONE
SIMEONE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia