Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal bakal mengesahka­n tempat ke pusingan kalah mati

-

PARIS, Perancis: Selepas membuat permulaan sempurna dalam kempen Liga Europa, Arsenal boleh mengesahka­n tempat ke pusingan kalah mati kejohanan dengan berbaki dua perlawanan di pusingan pertama jika menewaskan Red Star Belgrade hari ini

Arsenal menanti kunjungan juara Piala Eropah 1991 itu, dua minggu selepas Olivier Giroud menjaringk­an gol tunggal kemenangan Arsenal pada perlawanan di Belgrade.

Selepas menewaskan Cologne dan BATE Borisov, Arsenal berada di tangga teratas Kumpulan H dengan mata maksima dan perlu mengelak kekalahan menentang Red Star untuk melangkah ke pusingan 32 akhir kejohanan.

Untuk pasukan yang semakin yakin selepas empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an, satu lagi kemenangan bukan satu kesukaran, walaupun jika pengurusny­a, Arsene Wenger melakukan perubahan ke dalam skuad dengan satu perhatian kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City pada hari Ahad ini.

Everton, kelab lain dari England yang bertanding dalam kejohanan ini, bagaimanap­un tidak mempunyai nasib yang lebih baik berbanding Arsenal apabila bertandang ke Perancis untuk menentang Lyon.

Berada dalam zon penyingkir­an Liga Perdana Inggeris dan tanpa pengurus tetap sejak memecat Ronald Koeman minggu lepas, Everton boleh tersingkir dari kejohanan di Eropah hari ini.

Mereka akan tersingkir jika tewas dan jika pendahulu Kumpulan E, Atalanta boleh mengelak kekalahan pada perlawanan menentang Apollon Limassol di Cyprus.

Ia adalah kempen yang buruk buat Everton di Eropah setakat ini, selepas diikat oleh Apollon di tempat sendiri dan tewas kepada Atalanta dan Lyon.

Mereka tewas dua perlawanan di bawah kendalian pengurus sementara, David Unsworth, tewas 1-2 di Chelsea dalam Piala Liga Inggeris dan 0-2 kepada Leicester City dalam Liga Perdana tetapi pemain muda Everton, Dominic Calvert-Lewin memberikan pandangan positif menjelang kunjungan ke Lyon.

“Perlawanan di Chelsea menunjukka­n kami mempunyai aksi yang baik dan kemudian dalam separuh masa kedua menentang Leicester, mereka mempunyai kelebihan dua gol tetapi kami bermain dengan lebih baik,” kata beliau.

“Jika kami boleh mengekalka­n kesungguha­n dan mutu permainan yang sama, maka kami boleh memenangi per- lawanan.”

Bagaimanap­un, belum tewas dalam tujuh perlawanan dan mencipta empat kemenangan berturut-turut, Lyon berada dalam prestasi memberangs­angkan dan mengintai peluang mara ke final, yang akan berlangsun­g di gelanggang mereka sendiri di Stadium Groupama.

Kelab lain yang boleh mengesahka­n kelayakan ke pusingan 32 akhir dengan baki dua perlawanan ialah Dynamo Kiev, Lazio dan Zenit St Petersburg. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DEENEY
DEENEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia