Utusan Borneo (Sarawak)

Roma membelasah Chelsea 3-0 di Rom

-

ROM, Itali: Stephan El Shaarawy menjaringk­an dua gol ketika AS Roma membelasah Chelsea 3-0 untuk melonjak ke tangga teratas Kumpulan C dalam aksi Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Perlawanan kedua di Stadio Olympico di Rom, selepas seri 3-3 di London dua minggu lepas, tidak mengecewak­an 55,000 penonton ketika jurulatih Itali, Antonio Conte, meraikan kepulangan ke Itali dengan kekalahan mengecewak­an.

El Shaarawy menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama – gol pertama kurang dari seminit dan gol kedua, sembilan minit sebelum rehat sebelum Diego Perotti melengkapk­an jaringan pada minit ke-63.

Kemenangan kedua dalam empat perlawanan meletakkan Roma semakin hampir ke pusingan kedua, menjejaska­n harapan Chelsea untuk menduduki tangga teratas ketika ke pusingan kedua dengan baki dua perlawanan sahaja lagi.

Skuad kendalian Eusebio Di Francesco adalah satusatu pasukan yang belum tewas dalam kumpulan dan sekarang mengumpul lapan mata dari empat perlawanan, satu mata di hadapan Chel- sea, dengan Atletico Madrid di tangga ketiga dengan tiga mata selepas seri 1-1 dengan Qarabag.

“Kami sentiasa bahaya,” kata Di Francesco.

“Ia juga malam yang hebat untuk penyokong kami, yang selayaknya dengan kemenangan ini. Tetapi ia tidak harus berhenti di sini, perlawanan ini harus menjadi titik permulaan. Kami menghampir­i sesuatu yang penting.”

Chelsea tidak kelihatan seperti pasukan yang beraksi di Stamford Bridge awal bulan ini.

“Saya tidak melihat sesuatu yang positif dalam separuh masa kedua, ia benar-benar teruk,” kata Conte.

“Roma menunjukka­n lebih kesungguha­n untuk menewaskan kami. Mereka benar-benar layak dengan kemenangan ini.”

Pemain tengah, N’Golo Kante, yang sudah pulih dari kecederaan, masih tidak diturunkan untuk perlawanan itu, bersama-sama Victor Moses sementara Kostas Manolas bermula di bangku simpanan untuk Roma.

El Shaarawy dan Perotti menyokong Edin Dzeko di jentera serangan Roma dengan Chelsea dibarisi Eden Hazard, Alvaro Morata dan Pedro di jentera serangan.

Selepas permulaan hebat di mana Roma membuka jaringan selepas hanya 38 saat apabila Dzeko mengumpan bola kepada El Shaarawy untuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.

“Ini adalah malam yang anda akan ingat seumur hidup anda,” kata El Shaarawy. “Dua gol dalam Liga Juara-Juara tidak akan berlaku setiap hari.”

El Shaarawy menambah jaringan pada mini tke-36 dari umpanan Radja Nainggolan sebelum Perotti melengkapk­an jaringan ekoran kesilapan pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas.

Perotti hampir menjaringk­an gol kedua peribadi dan keempat perlawanan tetapi rembatan penyudahny­a tinggi walaupun pintu gol terbuka luas pada lewat permainan.

Kekalahan menambah tekanan ke atas Conte, dengan pasukannya akan menentang Manchester United minggu hadapan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pasukannya sudah ketinggala­n sembilan mata di belakang pendahulu liga, Manchester City. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia